Program Jelajah Ramadan YADIM Perlis

PADANG BESAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu mereka bergandingan dengan stesen radio Perlis FM, syarikat Adabi Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd dan Tenaga Nasioanal pada 3 Mei menganjurkan program Jelajah Ramadan di Dewan Kampung Titi Tinggi Hulu di sini. […]

Kongsi Rezeki Berbuka Puasa Bersama Pengawal Keselamatan Pusat Membeli Belah

KOTA BHARU- Selepas pengawal keselamatan di hospital dan sekolah, kini giliran mereka yang bertugas di pusat membeli belah disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 3 Mei. Juadah berbuka puasa nasi ayam dan air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang kepada 50 orang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat […]

Kasih Ramadan YADIM Terengganu di Felda Chalok Barat

SETIU – Memasuki 10 hari terakhir Ramadan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu terus giat memacu program program menyantuni rakyat. Terbaharu pada 2 Mei, mereka menganjurkan program Kasih Ramadan di Felda Chalok Barat di sini yang penuh dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Program bermula dengan sesi Master Chef: Kuih Raya Datang Lagi bersama Chef Farah dan […]

Bicara Ramadan dan Sambutan Hari Ibu YADIM Perlis

ARAU – Bertempat di Masjid Negeri di bandar ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah menganjurkan program BicaraRamadan dan Sambutan Hari Ibu pada 2 Mei. Program telah disempurnakan olehExco Pembanguanan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Perlis, Yang Berhormat Siti Berenee Yahaya. Program dimulakan dengan dengan solat sunat Dhuha berjemaah sebelum Ceramah Ramadhan bertajuk  ‘Memburu Lailatul […]

Tadarus Al Quran Dan Ziarah SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Aktiviti tadarus Al Quran dan penyampaian sumbangan merupakan program terkini Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) untuk mengimarahkan Ramadan. Program pada 2 Mei ini diadakan dengan kerjasama Kelab Remaja dan Ahli Jawatankuasa  Surau Haji Mansur,  Kampung Sijangkang. Seramai 20 remaja menyertai tadarus ini. Kesemua mereka menerima sumbangan daripada SAY Kuala Langat. Program ini […]

YADIM Peduli Santuni Pemandu Bas

SUNGAI NIBONG – Pada 2 Mei  berlangsung Program YADIM Peduli Siri 2 dengan kerjasama Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas di Stesen Bas Sungai Nibong, di sini. Seramai 30 orang pemandu dan pengusaha bas menerima  barangan keperluan harian yang disampaikan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang, Ustaz Afifi Ruslan. Turut hadir Pengerusi Gabungan Pengusaha […]

Edaran bubur lambuk SAY Labuan

LABUAN – Meskipun baru sahaja ditubuhkan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Labuan telah pun memulakan gerak kerjanya. Dengan kerjasama Persatuan Anak Muda Labuan (PAMULA), mereka mengadakan edaran bubur lambuk di Simpang 20, Kampung Ganggarak di sini pada 1 Mei. Seramai 20 ahli PAMULA dan 13 ahli SAY terlibat dalam program bermula jam 7.30 hingga […]

Singgah sahur santuni petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan

SEREMBAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan, Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan dan Youth Care Malaysia telah mengadakan program Singgah Sahur kepada petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan sekitar Seremban. Menerusi program pada 2 Mei ini, mereka menyediakan juadah sahur untuk kakitangan keselamatan yang sedang bertugas. Ia sebagai penghargaan kepada mereka, yang bertugas […]

Singgah Sahur YADIM di Yan

YAN – Program Musa’adah Mega yang sedang berlangsung di daerah ini, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) membawa manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun ia fokus kepada inisiatif membaiki kediaman mangsa ribut, namun pada masa yang sama turut menyanyuni golongan lain. Pada 2 Mei, sebagai salah satu aktivitinya, YADIM telah mengadakan program Singgah Sahur di […]

Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab Temerloh

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Pahang dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Temerloh pada 1 Mei menziarahi dan menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab di sini. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok. Seterusnya diadakan sumbangan wang tunai dan kuih […]