Arab Saudi kekal kuota jemaah umrah luar negara

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan kesediaan untuk menerima jemaah umrah mengikut kuota yang telah dipersetujui dengan negara-negara Islam seluruh dunia sebelum pandemik Covid-19 bermula, lapor akhbar Saudi Gazette semalam. Timbalan Menteri Perkhidmatan Haji dan Umrah, Dr. Amr Al-Maddah berkata, semua persiapan untuk menerima jemaah juga telah lengkap selain tiada masalah dihadapi […]

Ibadat haji: Kemampuan negara buat persediaan juga diambil kira

PUTRAJAYA – Jumlah kes Covid-19 di Arab Saudi yang melepasi angka 100,000 antara perkara yang menjadi pertimbangan bagi memutuskan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah bagi menunaikan haji tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perkara itu menjadi sebahagian daripada perbincangan pelbagai pihak dan badan berautoriti negara. “Kita […]

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Selangor tahun ini pada kadar RM7 seorang, sama seperti tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M.Yusop berkata, kadar itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengekalkan kadar sama. “Penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan […]

Sambut Syawal penuh kesederhanaan – Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Umat Islam disaran agar tidak berlebih-lebihan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana. “Setiap individu seharusnya mengukur baju di badan sendiri. Perbezaan pekerjaan masing-masing […]

Haji perlu dilakukan dengan kemampuan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi pemahaman kepada jemaah haji bahawa ibadah itu perlu dilakukan dengan kaedah istithaah atau kemampuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kemampuan itu termasuklah dari segi kewangan untuk menunaikan ibadah tersebut. “Sebagaimana kita tahu, kemampuan atau istithaah adalah sebahagian syarat untuk kita melakukan haji. Salah […]