Tabung Haji sedia urus keselamatan, kesihatan jemaah haji

KUALA LUMPUR – Meskipun ibadah haji ditangguhkan dua kali akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia, Tabung Haji (TH) tetap meneruskan persiapan haji dengan mengambil kira situasi pandemik dan perkembangan semasa di Arab Saudi.   Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perancangan dan persiapan itu telah dilaksanakan sejak musim haji […]

Gabenor Madinah kaji langkah lindungi jemaah haji

RIYADH – Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman mengkaji langkah pencegahan untuk melindungi para jemaah ketika musim haji akan datang. Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Putera Faisal turut menekankan kepentingan tentang memperkasakan langkah untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19). Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Haji di Madinah.. Putera Faisal menegaskan tentang keperluan untuk mematuhi […]

Penerbangan MH8311 dari Jeddah lewat kerana isu teknikal

KUALA LUMPUR – Penerbangan MH8311 dikendalikan oleh Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah Malaysia Airlines, yang dijadual berlepas dari Jeddah jam 1.10 pagi Sabtu lalu ke Kuala Lumpur, mengalami kelewatan berpanjangan disebabkan isu teknikal dihadapi pesawat A380-800 yang mengendalikan penerbangan. Malaysia Airlines Berhad (MAB), dalam satu kenyataan hari ini, berkata masalah itu […]

Polis sentiasa pantau puak pelampau, ekstrimis

KAJANG – Polis akan memperketatkan kawalan di lokasi lokasi panas dan merah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Menteri Dalam Negeri itu berkata, bagaimanapun situasi semasa di negara ini masih terkawal dan pihak polis sentiasa memantau puak puak pelampau dan ekstrimis serta pengganas dalam masyarakat. Namun katanya, setakat ini belum wujud keperluan untuk menempatkan […]

Jangan menangguk di air keruh – PM

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman pada Isnin lalu, wajar menjadi peringatan kepada rakyat akan tanggungjawab menjaga keselamatan, kestabilan serta ketenteraman negara. Sehubungan itu, Perdana Menteri, meminta ahli politik atau pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluar kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan […]

400 institut tahfiz diseru mendaftar – TPM

PUTRAJAYA 15 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kira-kira 400 institut tahfiz yang tidak berdaftar untuk tampil membuat pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing demi kepentingan dan keselamatan anak-anak tahfiz. Timbalan Perdana Menteri berkata, statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan terdapat kira-kira 1,000 institut Maahad Tahfiz di negara ini berbanding senarai […]

Sejiwa jaga kenderaan jemaah solat Jumaat

YAN 20 Jan. – Kewujudan ahli Skuad Elit Jiran Wanita (Sejiwa) yang menjaga keselamatan kenderaan Jemaah Masjid AlSultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Sungai Limau Dalam setiap kali waktu solat Jumaat membuatkan jemaah tidak lagi runsing memikirkan keselamatan kenderaan mereka. Pengerusi Sejiwa Sungai Limau Dalam, Norlia Ismail, 57, berkata, dia dan dua lagi ahli Sejiwa […]