Selangor naikkan jumlah jemaah, korban hanya di masjid

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan penambahan bilangan jemaah untuk solat Jumaat dan fardu di masjid seluruh negeri itu bermula esok (19 Jun). Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan hari ini berkata, baginda berkenan membenarkan 250 orang berbanding 40 jemaah menghadiri Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]

Sambutan Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan

PUTRAJAYA – Berita baik kepada umat Islam kerana kerajaan membenarkan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam. “Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir […]

Aidiladha: NS larang sembelih sendiri korban ternakan

JELEBU – Umat Islam negeri ini tidak dibenarkan menyembelih sendiri ternakan yang dijadikan ibadat korban seperti kelaziman dilakukan pada Aidiladha selama ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir, berkata mereka yang berhasrat melakukan korban, perlu menghantar ternakan ke pusat penyembelihan diiktiraf bagi tujuan berkenaan. Katanya, ibadah korban yang dilakukan […]

Pamuntarian lokasi seterusnya ibadah korban YADIM – MVM

NABAWAN – Kampung Pamuntarian di sini, menjadi lokasi seterusnya program kerjasama korban Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Muslim Volunteers Malaysia (MVM) pada 14 Ogos. Hasil kutipan dana yang diusahakan oleh kedua badan ini, seekor lembu berjaya disumbangkan untuk majlis korban bagi penduduk kampung tersebut. Mewakili MVM ialah Penyelaras Projek Ibadah korban Sabah Imran Abd Moin, […]

YADIM, MVM laksana korban untuk Kampung Kauluan

RANAU –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  meneruskan program kerjasama dakwahnya di bumi Sabah apabila melaksanakan program ibadah korban di Kampung Kauluan di sini bersama Muslim Volunters Malaysia (MVM). Usaha untuk mengutip dana bagi pelaksanaan program ini telah bermula sejak bulan lepas, dan hasilnya pada 13 Ogos, dua ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk […]

Tajaan korban untuk 300 asnaf Sabah dan 30,000 pelarian Rohingya.

PUTRAJAYA – Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sekali lagi dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedang giat mengumpul tajaan bagi Ibadah Qurban 2019 di kem pelarian Rohingya, Bangladesh dan Kampung Kauluan, Ranau, Sabah. Pada tahun ini, pihak penganjur meletakkan sasaran untuk mengumpul tajaan sebanyak 40 ekor lembu di kem pelarian […]

Tiada larangan laksana ibadat korban di masjid, surau di Johor

JOHOR BAHRU – Larangan untuk melaksanakan ibadah korban di dalam kawasan semua masjid dan surau di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial beberapa hari lepas adalah tidak benar. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tosrin Jarvanthi berkata, satu garis panduan pelaksanaan ibadah korban diwujudkan bertujuan mematuhi tuntutan agama […]