100 golongan rentan disantuni

KUANTAN – Berdakwah masa kini bukan saja perlu berfikir di luar kotak, tetapi juga dilaksanakan tanpa halangan dan tidak boleh mengira latar belakang. Golongan rentan umpamanya, perlu didekati bagi menyelami sendiri apakah yang sebenarnya boleh kita lakukan bagi menyantuni mereka. Justeru inilah yang dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 November apabila mendekati dan […]

Dialog Keluarga Malaysia bersama komuniti Cina dan India Taman Tas

KUANTAN – Saling berkenalan, bercampur gaul dalam kehidupan bermasyarakat, tolong-menolong, ziarah menziarahi, mempelajari serta saling meraikan adat dan budaya antara kaum adalah antara kunci kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk. Semua perkara tersebut terdapat di dalam ajaran agama, justeru perlulah agama diberikan penekanan dalam pembentukan “Keluarga Malaysia.” Kerana itulah “Kepercayaan Kepada Tuhan” menjadi rukun negara Malaysia […]

Kayuhan santuni anak yatim YADIM Pahang

PEKAN – Berbasikal 74 kilometer untuk kerja dakwah ? Kedengaran jauh, tetapi jika sudah membulatkan tekad untuk melaksanakan kebajikan, ia bukan satu masalah. Demikian yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dan rakan strategiknya pada 6 November apabila berbasikal dari Stesen Minyak Shell Inderapura  ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darul Salam Al-Mukhtar […]

YADIM Pahang santuni penghuni RRM Permatang Badak

KUANTAN – Meskipun beberapa kawasan sudah beralih ke fasa seterusnya dalam usaha negara menangani Covid-19, kesan wabak tersebut masih belum hilang sepenuhnya. Masih ramai keluarga terjejas, kehilangan punca pendapatan dan tidak dapat keluar bekerja. Bagi membantu mereka yang terkesan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 17 September telah menyantuni seramai 20 keluarga di Rancangan […]

YADIM Pahang konsisten salur sumbangan pada yang memerlukan

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang kekal konsisten menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 4 Ogos, tujuh keluarga di sekitar Kampung Panching, Felda Bukit Sagu 3, Felda Bukit Goh, kampung serta Taman Perumahan Padang Kuantan di sini menerima sumbangan daripada YADIM Pahang. Antara penerima termasuklah seorang ibu tunggal […]

Sumbangan Makanan Asas Untuk Kampung Darat, Sungai Ular

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 10 Julai telah menyantuni 20 penduduk Kampung Darat, Sungai Ular di sini yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Surau Pok Long Sohor, Sungai Ular. Bantuan Kit Musa’adah YADIM berupa makanan asas antaranya beras, gula, tepung, bihun serta ayam sejuk beku dan […]

Sumbangan untuk kanak kanak pengidap Severe Laryngomalacia

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah dihubungi oleh warga Felda Bukit Sagu 1 di sini berkaitan seorang kanak-kanak pengidap Severe Laryngomalacia yang memerlukan tiub baru untuk kegunaannya. Ia kerana tiub yang kini digunakannya sudah lama tidak ditukar sehingga menyebabkan mulutnya mula berbau. Severe Laryngomalacia mengakibatkan pengidapnya bernafas dengan bunyi yang kuat, selain […]

Lampin pakai buang dan susu formula untuk ibu tunggal di Bukit Setongkol

KUANTAN – Membesarkan dua anak kecil tanpa suami dan pada masa yang sama menjaga ayah yang mengidap Parkinson bukan satu tugas mudah. Namun itulah yang dihadapi oleh Norlizawati Yazid di Bukit Setongkol di sini. Bagi meringankan sedikit beban ibu tunggal yang masih mencari pekerjaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 24 Jun telah […]

Sumbangan Katil Pesakit Kepada Warga Felda Bukit Goh

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) baru baru ini dihubungi oleh Guru Besar SAR Kafa (F) Bukit Sagu 2/3, Ustaz Wan Mohd Zailani Wan Yusuf, mengenai seorang warga Felda Bukit Goh di sini yang mengidap sakit buah pinggang kritikal dan memerlukan katil pesakit. Prihatin dengan situasi tersebut, YADIM Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan […]

Bantuan Ramadan/Aidilfitri  YADIM dan CIMB Islamic Untuk Warga Kuantan

KUANTAN – Seramai 101 warga bandaraya ini menerima manfaat menerusi program Bantuan Ramadan/Aidilfitri Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic Bank Berhad yang diadakan pada 9 Mei. Sumbangan untuk golongan B40 tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) , Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu majlis di Dewan Serbaguna Taman Tas di […]