Perbankan Islam Malaysia berkembang pesat ketika dunia diancam pandemik

KUALA LUMPUR – Faktor utama ketahanan sektor perbankan Islam ketika negara dilanda pandemik Covid-19 adalah berdasarkan kepada prinsip kewangan Islam itu sendiri, iaitu perkongsian risiko dan ganjaran. Logik di sebalik prinsip ini adalah untung dan rugi dikongsi di antara bank dan pelanggan-pelanggannya, bersandarkan kepada aset fizikal berbeza dari pinjaman berdasarkan faedah, yang mana risiko kebanyakannya […]

Malaysia, Arab Saudi tubuh jawatankuasa kukuh kerjasama

PUTRAJAYA  – Malaysia dan Arab Saudi telah bersetuju membentuk Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud akan menjadi pengerusi bersama jawatankuasa itu. Beliau berkata Malaysia dan Arab Saudi bersetuju bahawa […]

Keyakinan berterusan kepada Tabung Haji

Keyakinan berterusan kepada Tabung Haji Oleh Nozina Yahaya TABUNG Haji (TH) terus kukuh dengan prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi suku ketiga tahun ini. Peningkatan itu dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah. Dari segi kedudukan kewangan, TH kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM2.3 bilion dengan […]

Kedudukan kewangan TH kembali kukuh

KUALA LUMPUR – Kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) kembali kukuh dengan selesainya langkah penstrukturan semula pada Mei lepas menerusi perpindahan aset tidak berdaya maju kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (Urusharta Jemaah). Urusharta Jemaah merupakan syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. TH berkata, sebelum penstrukturan semula dilaksanakan, liabiliti TH melebihi aset sebanyak […]