Malaysia mohon 20,000 kuota tambahan haji

BANGI – Kerajaan akan memohon 20,000 kuota tambahan haji untuk musim haji tahun depan bagi membolehkan lebih ramai jemaah dari negara ini menunaikan rukun Islam kelima itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pada masa ini kuota haji tetap untuk Malaysia adalah 30,200 dan pihaknya mahu memohon kuota tambahan bagi […]

Malaysia dijangka terima berita baik

SEPANG – Malaysia dijangka menerima berita baik berhubung rayuan penambahan kuota haji untuk tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pengumuman berkaitan perkara itu akan dilakukan selepas mendapat maklumat rasmi dari kerajaan Arab Saudi. “Alhamdulillah kita sudah berunding dan saya dengar ada berita baik. Positif. Saya tidak akan […]

Arab Saudi kaji permohonan Malaysia tambah kuota haji

MAKKAH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Taher Benten berkata pihaknya akan membuat kajian menyeluruh berhubung permohonan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini. Beliau berkata sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berbincang dan membuat keputusan dalam penentuan kuota haji setiap negara. “Kuota setiap negara diagihkan mengikut apa yang dibincangkan… kuota […]

PM utus surat kepada Arab Saudi mohon kuota haji ditambah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata, bagaimanapun buat masa ini Lembaga TH masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berkenaan […]

TH masih tunggu keputusan Arab Saudi

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata, TH telah menulis surat permohonan rasmi berkenaan hal itu kepada kerajaan Arab Saudi malah Menteri di Jabatan […]

Kuota haji kekal

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan laporan portal akhbar tempatan kononnya umat Islam negara ini kehilangan 10,000 kuota tambahan bagi menunaikan ibadat haji setiap tahun, berikutan hubungan dingin antara kerajaan dan Arab Saudi. Mujahid berkata, kuota haji yang diberi kepada Malaysia kekal sebanyak 30,200 orang. Pada […]

TH nafi dakwaan kehilangan kuota haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyangkal kenyataan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan bahawa umat Islam kini telah hilang kuota tambahan haji. Menurut Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporatnya, dakwaan Dr. Ashraf bukan sahaja memberi kekeliruan tetapi juga tidak benar sama sekali. Tabung Haji berkata lagi, Dr. Asyraf telah […]

70,000 mohon masuk MRSM, kuota hanya 7,760

KULIM – Sebanyak 70,000 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi pembelajaran tahun hadapan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan, 4 Disember lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah itu adalah besar berbanding kuota maksimum 7,760 yang boleh ditawarkan di 54 buah MRSM seluruh negara. […]