MAIWP cadang memasyarakatkan masjid, santuni pelbagai kaum

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang mengadakan rumah terbuka bagi menyambut perayaan pelbagai kaum di perkarangan masjid terpilih di ibu negara mulai tahun hadapan. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ia sebagai langkah mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini, selain menyemai sifat hormat-menghormati dan berkasih […]

Agong kurnia sumbangan zakat, biasiswa kepada asnaf di Labuan

LABUAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di sini malam tadi (26 November). Sumbangan itu berbentuk bantuan peralatan persekolahan bagi sesi pembelajaran tahun 2020 dan bantuan am pelajaran institusi pengajian tinggi yang dikurnia Seri […]

MUAT himpun ulama besar rantau ini

PUTRAJAYA – Multaqa Ulama Asia Tenggara (MUAT 2019) yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 November ini bakal menghimpunkan ulama ulama besar di rantau Asia Tenggara. Antara yang telah menyatakan komitmen termasuklah Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Habib Salem Saqaf Al-Jufri dari Indonesia, Rektor Universiti Fatoni Thailand, Profesor Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya, Ketua […]

Agong berkenan kurnia zakat kepada asnaf

KUALA LUMPUr – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli mengurniakan zakat kepada asnaf di Pusat Komuniti Pantai Eco-Park, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, hari ini (20 Oktober). Sumbangan itu bersempena program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Bersama Yang di-Pertuan Agong. Ia membabitkan bantuan persekolahan […]

MAIWP akan terjemah buku Rahmatan Lil Alamin dalam pelbagai bahasa

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menterjemah buku ‘Rahmatan Lil ‘Alamin Dalam Konteks Masyarakat Kontemporari’ dalam pelbagai bahasa supaya ia dapat difahami dan disampaikan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini. Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata buku setebal 256 muka surat yang dilancarkan hari ini (18 September) itu, bakal […]

Usahawan Mee Mahu Kembang Perniagaan Ke Tanah Suci

Walaupun didiagnos dengan penyakit sakit tulang belakang yang teruk (Degenerative Lumber Prolapse) pada 1995 namun Md Sabidi Abdullah, 70, berjaya membuktikan kesakitan dan faktor umur bukanlah penghalang untuk beliau menjadi usahawan yang berjaya. Md Sabidi yang kini mengusahakan restoran Mee Masjid bersebelahan Masjid Firdaus, Segambut dengan dibantu oleh dua orang anak lelakinya sejak 2010 itu […]

MAIWP telus dalam urustadbir kewangan

Putrajaya – Pengurusan kewangan yang cekap dan telus amat dittitikberatkan oleh MAIWP. Hasilnya, MAIWP sekali lagi telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran buat tahun ke – 13 berturut-turut oleh Jabatan Audit Negara (JAN). Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan MAIWP tahun 2018 telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) Jabatan Audit Negara, Dato’ […]

MAIWP sasar kutip zakat RM1 bilion 2023

BANGI – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk memungut zakat sehingga RM1 bilion pada 2023. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata sasaran itu bukan suatu mustahil berikutan prestasi memberangsangkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) yang berjaya mengutip zakat berjumlah RM600 juta pada 2018. Berikutan itu PPZ-MAIWP menyasarkan untuk mengutip […]

Agong kurnia sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada asnaf baitulmal sebagai persiapan mereka menyambut Aidilfitri. Pengurniaan bantuan itu berlangsung dalam satu majlis berbuka puasa bersama agensi-agensi agama dan asnaf anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan, di […]

MAIWP salur RM 2.1 juta dana kepada 40 NGO Islam Malaysia

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 14 Mei menyalurkan sumbangan lebih RM2.1 juta kepada 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia. Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Abdul Kadir berkata pengagihan dana berkenaan adalah bagi membiayai program dan aktiviti tahunan NGO itu yang memfokuskan program keagamaan seperti dakwah, pendidikan dan kebajikan […]