Semua jemaah haji Malaysia kini di Makkah

MAKKAH – Semua jemaah haji yang tiba ke Tanah Suci telah berada di Makkah pada pukul 1 tengah hari semalam, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini (24 Julai). Kenyataan itu memberitahu lebih 17,800 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah yang mana jumlah itu adalah kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah […]

Kumpulan pertama 474 jemaah haji kita sampai di Jeddah

MAKKAH – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia KT29 seramai 474 orang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah di sini pada 1.26 tengah hari waktu tempatan atau 6.25 petang waktu Malaysia, semalam (18 Julai). Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi satu kenyataan memberitahu, jemaah haji berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur […]

Kumpulan pertama 480 jemaah haji Malaysia dijadual tiba hari ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama seramai 480 jemaah haji Malaysia dijadual tiba pada 4 Julai di Madinah, kata Pengarah Operasi Madinah Lembaga Tabung Haji (TH), Affandi Abdullah. Beliau berkata persiapan kumpulan petugas TH di Madinah kini pada tahap 90 peratus dan beliau yakin, pasukan itu bersedia menyambut kedatangan kumpulan pertama jemaah haji. “Pada tahun ini, […]

Malaysia akan pertahan Makkah, Madinah jika diserang

SUNGAI PETANI 20 Jun. – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia akan bersama-sama Arab Saudi mempertahankan Makkah dan Madinah sekiranya diancam. Beliau sehubungan itu memaklumkan akan ke Jeddah malam esok bagi menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Ahad berhubung kononnya serangan peluru berpandu Yaman. Beliau berkata, mesyuarat itu […]