Agensi kerajaan Turki puji rakyat Malaysia bantu pelarian Syria

AZAZ – Agensi pengurusan bencana Turki meluahkan rasa kagum dengan usaha rakyat Malaysia yang banyak menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria melalui pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO). Menurut Koordinator Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) di Azaz, Hakan Kose, beliau gembira melihat anak-anak muda Malaysia melakukan usaha tersebut walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko. […]