Dosa buang bayi di masjid tetap sama – Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN – Perbuatan membuang bayi merupakan dosa besar dalam agama Islam walaupun insan tidak berdosa itu dibuang di tempat suci seperti masjid. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan tersebut tetap berdosa sama ada bayi itu ditinggalkan di dalam masjid, stesen bas atau dalam tandas. Menurutnya, perasaan ingin orang […]

Sasar satu Parlimen satu Masjid Rahmah

TASEK GELUGOR – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya satu Parlimen mempunyai satu program Masjid Rahmah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata mana-mana masjid sedia ada yang mengamalkan ciri-ciri RAHMAH (ramah, aman, harmoni, mesra, a’lamin dan hormat) boleh diiktiraf sebagai Masjid Rahmah. Beliau berkata program masjid rahmah itu adalah sebahagian daripada dasar […]

Masjid Besar Paris mahu sijil halal JAKIM 

PARIS – Pihak pengurusan Masjid Besar Paris (The Grand Mosque of Paris), di sini menyatakan hasrat mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai mengiktiraf pusat penyembelihan mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata hasrat itu disuarakan oleh rektor masjid tersebut, Dr Dalil Boubakeur ketika lawatannya ke masjid tersebut, […]

Jawi jangka tempatkan mesin ATM beras di 85 masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjangka 85 masjid di Wilayah Persekutuan nanti akan dilengkapi dengan Mesin ATM beras, khusus bagi membantu 23,000 asnaf yang berdaftar dengan pihaknya menerima beras secara percuma. Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata rancangan penempatan mesin ATM beras di masijid-masjid itu akan dibincangkan lebih lanjut pada persidangan antara Jawatankuasa Masjid-masjid […]

YaPEIM galak masjid, surau melabur dalam jongkong emas

KUALA LUMPUR – Masjid-masjid dan surau di seluruh negara digalakkan supaya melabur di dalam Skim Ar-Rahnu atau jongkong emas menerusi Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai simpanan masa hadapan. Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata, bagi tujuan itu masjid dan juga surau hanya perlu melabur sebanyak RM1,000 hasil daripada kutipan jemaah pada setiap hari […]

1Masjid 1Polis di seluruh negara mulai Mac, kata Pengarah JPKK

KUALA LUMPUR – Program 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat. Pada masa ini sejumlah 6,047 masjid yang telah didaftar di bawah Majlis Agama Islam Terengganu dan Pahang telah melaksanakan program itu sejak 2012. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan […]

Elak masjid jadi bangunan kaku, terpinggir

IPOH – Peranan masjid tidak tersisih walaupun kegiatan yang dahulu berlaku di dalam bangunan masjid, dipindahkan ke pelbagai premis baharu di luar rumah ibadat itu, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda bertitah, pada awal era perkembangan Islam, masjid memenuhi pelbagai peranan sebagai pusat pemerintahan, pentadbiran dan kehakiman di samping berfungsi sebagai […]

Lebih baik buat di masjid, Muhyiddin nasihat penganjur himpunan 8 Disember

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menasihatkan penganjur himpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk tidak mengadakan acara mereka di Dataran Merdeka pada 8 Disember ini. Menteri Dalam Negeri berkata penganjur tidak perlu menunjuk perasaan kerana keputusan kerajaan tidak mengesahkan perjanjian antarabangsa itu adalah muktamad. “Sekarang hendak ucapkan […]

Elak berpolitik di masjid

ROMPIN 19 Feb. – Semua pihak diingatkan agar tidak menjadikan masjid atau surau sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah politik. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tindakan berpolitik atau bercakap perkara tidak berfaedah di masjid bakal berdepan dengan tindakan mengikut peraturan atau enakmen sedia ada. “Saya berharap masjid digunakan sebagai tempat beribadah, sekiranya […]

“Bukan selalu dapat sambut Tahun Baharu Cina di masjid”

TASEK GELUGOR: Buat pertama kalinya, sebuah masjid di Tasek Gelugor, Pulau Pinang mengambil inisiatif menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bagi meraikan masyarakat Tionghua di kawasan berkenaan. Majlis serba sederhana namun meriah itu mendapat sambutan masyarakat Cina yang rata-rata menyifatkan ia satu pengalaman berharga kerana diraikan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Tasek Gelugor. Salah […]