Seminar Rahmatan Lil Alamin dan Ziarah Kasih TLDM Lumut

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah sekian lama menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya mengenai penyebaran dakwah dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Kerjasama itu diteruskan lagi dalam tahun 2020 ini menerusi program Seminar Rahmatan Lil Alamin dan Ziarah Kasih yang diadakan di pangkalan TLDM di sini. Program selama dua hari bermula 29 […]

Tahniah Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR-YADIM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal, 58, Pensyarah Undang-undang Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia atas perlantikan sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak bagi sesi tahun ini hingga 2022. Kami turut berbangga dengan perlantikan mantan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia MPWIM-YADIM ( […]

Pensyarah UKM dilantik pesuruhjaya kanak-kanak pertama Suhakam

PETALING JAYA – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Noor Aziah Mohd Awal dilantik sebagai pesuruhjaya kanak-kanak pertama bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan pelantikan Noor Aziah untuk jawatan tersebut menurut subseksyen 5(2) Akta Suhakam bagi sesi 2019-2022. “Pelantikan ini […]

MPWIM ajak penghuni fokus ibadah

KAJANG – Tirai besi bukan penghujung sebuah kehidupan, sebaliknya bagaikan sebuah ‘institusi kehidupan’ untuk seseorang itu bangkit dari kejatuhan, penyesalan dan dosa, serta tidak mengulangi lagi kesalahan lampau. Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Hafidzah Mustakim, kehidupan di sebalik tembok pemisah itu, bukanlah semata denda […]

MPWIM tumpu komunikasi dakwah

PUTRAJAYA – Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) akan memfokuskan kepada usaha komunikasi dakwah dalam gerak kerjanya. Pengerusinya yang baharu  Dr. Hafidzah Mustakim berkata, ia akan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami dan disenangi oleh golongan sasar pihaknya. “Melangkah ke hadapan kita akan giatkan lagi penyampaian dakwah kepada wanita di negara ini, baik Muslim ataupun […]

Perutusan Tahniah MPWIM

PUTRAJAYA – Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Arif Datuk Tengku Maimun Tuan Mat diatas perlantikan sebagai Ketua Hakim Negara. Ia merupakan saat yang cukup membanggakan apabila beliau mencipta sejarah negara selaku wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut. MPWIM mendoakan semoga Yang Amat Arif dapat […]