Mujahid lancar Minggu Jawi esok

PUTRAJAYA – Satu program memperkasakan penggunaan tulisan Jawi akan dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf esok (4 September) di Kompleks Islam Putrajaya di sini. Dalam program yang dikenali sebagai Minggu Jawi itu, kakitangan agensi agama Islam Persekutuan di bawah beliau akan memakai tanda nama Jawi sebagai tanda sokongan […]

5,000 aduan berkaitan hina agama, Nabi diadu ke PDRM, SKMM 

BANGI – Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW yang diterima melalui unit pemantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia adalah sebahagian daripada puluhan ribu aduan yang […]

Henti ambil kesempatan berkaitan Zakir Naik

BANGI – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menggesa pihak-pihak tertentu supaya berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan ia seharusnya dihentikan, agar dapat menamatkan segala naratif lain yang mampu mencetuskan sentimen perkauman dan agama. “Jangan guna kesempatan untuk ambil kepentingan […]

Mujahid umum tabung kebajikan guru KAFA RM2.6 juta

BANGI – Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan akan dibantu menerusi tabung kebajikan. Mengumumkannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jumlah keseluruhan tabung itu adalah RM2.6 juta dan akan diagihkan ke seluruh negara mengikut jumlah guru-guru KAFA setiap negeri. Insiatif itu merupakan penghargaan kepada golongan pendidik agama tersebut, […]

Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal

PARIT BUNTAR – Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata ini kerana terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, sama ada makanan atau perubatan kepada pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam […]

Henti fitnah gagasan Rahmatan Lil Alamin

ROMPIN – “Barang baik yang kita bawa, tapi difitnahkan pula, Islam terancam katanya,”. “Tapi kami di peringkat kerajaan persekutuan tidak peduli, kerja kami ialah martabatkan Islam dengan penuh maruah,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf. Beliau berkata demikian menyentuh mengenai dakwaan pihak kerajaan tidak memartabatkan Islam selain membiarkan […]

Maqasid syariah dalam tadbir urus kerajaan

LABUAN – Maqasid Syariah akan diguna pakai dalam semua urus tadbir Kerajaan Persekutuan dalam usaha memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan kepada seluruh rakyat di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, dasar pentadbiran baru yang mempunyai lima prinsip ini sedang diperjelaskan di seluruh negara […]

Penceramah asing perlu fahami keadaan Malaysia

KOTA BHARU – Semua penceramah terutama dari luar negara dinasihat supaya lebih memahami keadaan negara ini yang makmur sejak sekian lama dengan rakyat berbilang kaumnya yang hidup aman ketika memberikan ceramah mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, jika tidak mereka perlu bertanggungjawab jika berlakunya masalah perselisihan pendapat yang boleh […]

Tabung Haji tidak bertanggungjawab uruskan visa furada

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak bertanggungjawab menguruskan visa furada kerana ia dikendalikan secara terus oleh agensi-agensi pelancongan dan umrah serta pihak individu bersama kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf berkata, Tabung Haji hanya mengendalikan 30,200 jemaah serta visa haji yang diperoleh […]

Perkasakan tulisan Jawi

JANDA BAIK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setiap agensi di bawah beliau perlu memperkasakan tulisan jawi. “Tulisan jawi ini merupakan warisan Melayu dan perlu dipertahankan oleh setiap daripada kita,” kata beliau dalam sesi rumusan Retreat Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 […]