Pamuntarian lokasi seterusnya ibadah korban YADIM – MVM

NABAWAN – Kampung Pamuntarian di sini, menjadi lokasi seterusnya program kerjasama korban Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Muslim Volunteers Malaysia (MVM) pada 14 Ogos. Hasil kutipan dana yang diusahakan oleh kedua badan ini, seekor lembu berjaya disumbangkan untuk majlis korban bagi penduduk kampung tersebut. Mewakili MVM ialah Penyelaras Projek Ibadah korban Sabah Imran Abd Moin, […]

YADIM, MVM laksana korban untuk Kampung Kauluan

RANAU –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  meneruskan program kerjasama dakwahnya di bumi Sabah apabila melaksanakan program ibadah korban di Kampung Kauluan di sini bersama Muslim Volunters Malaysia (MVM). Usaha untuk mengutip dana bagi pelaksanaan program ini telah bermula sejak bulan lepas, dan hasilnya pada 13 Ogos, dua ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk […]

Tajaan korban untuk 300 asnaf Sabah dan 30,000 pelarian Rohingya.

PUTRAJAYA – Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sekali lagi dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedang giat mengumpul tajaan bagi Ibadah Qurban 2019 di kem pelarian Rohingya, Bangladesh dan Kampung Kauluan, Ranau, Sabah. Pada tahun ini, pihak penganjur meletakkan sasaran untuk mengumpul tajaan sebanyak 40 ekor lembu di kem pelarian […]

Sukarelawan Malaysia tiba di Gaziantep bantu pelarian Syria

Presiden MVM berkata, sukarelawan Malaysia akan berada di Turki sehingga 26 Januari depan untuk menghantar bantuan makanan serta keperluan lain - Foto MVM

GAZIANTEP – Tujuh sukarelawan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) dan Global Peace Mission (GPM) selamat tiba di sini yang terletak kira-kira sejam dari Kilis berdekatan sempadan Turki-Syria. Kumpulan sukarelawan yang turut disertai wartawan Bernama itu, dalam misi musim sejuk 3.O MVM-GPM, akan menyalurkan makanan dan selimut tebal untuk lebih 2,700 keluarga pelarian Syria di sempadan […]