Misi santuni mangsa banjir DUN Pengkalan Kubor

PENGKALAN KUBOR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 24 Disember telah menyertai rakan rakan pertubuhan badan kerajaan (NGO) di negeri ini, menyantuni mangsa banjir yang melanda kawasan ini. Antara NGO yang terlibat termasuklah Muslim Care, Alternatif Riding Club, Beliawanis Tumpat dan ramai lagi. Program ini menyasarkan untuk menyantuni 2,100 keluarga yang menjadi mangsa […]

Musa’adah Covid-19 YADIM sekitar Kuala Lumpur, Selangor.

MALURI – Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 dan 17 Disember telah mengadakan sumbangan Musa’adah Covid-19 di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sebanyak 500 pek sumbangan diserahkan kepada rakan rakan strategik YADIM untuk mereka mengagihkannya pula kepada golongan sasaran yang telah dikenal pasti. Bermula jam […]

Musaadah Covid-19 YADIM di PPR Sentul Utama

SENTUL – Kelab Warga Emas 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini pada 26 November disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Mereka menerima sumbangan 50 set barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin. Kelab berkenaan di wakili oleh Pengerusinya, Hajah Maimun Md Noor. […]

Kunjung hormat YADIM Pahang ke PERKIM, MRA, MACMA dan MKIMP Pahang

KUANTAN – Sebagai usaha membina hubungan strategik yang kukuh, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 19 November telah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan hadir sendiri ke perjumpaan dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Majlis Kebajikan […]

MAIM badan selaras NGO

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dibawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menjadi Sektetariat Penyatuan dan Penyelarasan untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan diberi peranan utama untuk menggerakkan MAIM berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program serta gerak kerja bagi menyokong kerajaan dalam memperkasakan usaha […]

Himpunan NGO Islam di Putrajaya anjuran YADIM

PUTRAJAYA – Hampir 350 pemimpin pemimpin pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO Islam) menghadiri program perjumpaan khas bersama kepimpinan negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 19 September. Program Perjumpaan Khas Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri, Bersama Pemimpin-Pemimpin Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) […]

Sumbangan daging korban untuk 100 penduduk Kampung Baru.

KOTA BHARU – Mengambil ibrah dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam kehidupan dan misi dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan telah mengadakan program Yadim Peduli : Nahnu Ma’akum, Majlis Korban Dan Sumbangan Daging Korban dan Barangan Keperluan Asas kepada Golongan Asnaf, Fakir Dan Miskin. Diadakan dengan […]

Merakyatkan YADIM

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan pertemuan dengan seramai mungkin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini untuk mengajak mereka bergerak bersama badan dakwah ini. Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan berkata ia adalah sebahagian daripada usahanya merakyatkan YADIM. “Kita akan mengumpulkan NGO NGO Islam seluruh negara dalam gerakan […]

YADIM, Baitul Sumayyah bantu ibu tunggal Flat Kampung Sungai Koh

MANJUNG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyantuni sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan akibat kesukaran yang berpunca daripada Covid-19, tanpa mengira latar belakang. Pada 24 Jun, bertempat di Flat Kampung Sungai Koh di sini, seramai 30 ibu tunggal dan asnaf yang tinggal di flat berkenaan menerima sumbangan daripada Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM. […]

350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 350 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM pada 20 April. Program yang diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) itu diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai, khususnya dari kalangan […]