Malaysia mahu buka pejabat kedutaan di Palestin

KUALA LUMPUR – Malaysia kini bercadang membuka kedutaannya di Palestin bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dengan republik Islam itu. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat berkenaan cadangan menubuhkan kedutaan pertama negara ini di Ramallah, pusat pentadbiran negara Palestin seperti Emiriah Arab Bersatu yang sudahpun mempunyai pejabat diplomatik di sana. “Cadangan penubuhan […]

6,000 kanak-kanak Palestin ditahan, didera

GAZA – Sekurang-kurangnya 6,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis sejak 2015. Menurut Persatuan Banduan Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, daripada jumlah itu, 98 peratus kanak-kanak yang ditahan mengalami penderaan dari segi psikologi dan fizikal sepanjang dalam tahanan. Tambah persatuan berkenaan, puluhan kanak-kanak ditahan selepas ditembak atau dicederakan […]

MAPIM lancar Tabung 1 Juta 1 Ringgit

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melancarkan Tabung 1 Juta 1 Ringgit bagi membantu umat Islam di Gaza yang diserang tentera zionis sejak beberapa minggu lalu. Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain itu pihaknya juga mengaktifkan 1,000 badan bukan kerajaan (NGO) peringkat ASEAN untuk menggerakkan kempen menuntut kepungan rejim zionis ke […]

Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas peserta ‘Great March of return’

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan semasa menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama “Great March of Return” pada 30 Mac. Kementerian Luar dalam  satu kenyataan berkata, penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata […]

Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza

LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza. “Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara […]

Yasin for Aqsa: Sokongan buat rakyat Palestin

GEORGETOWN – Sebuah program bacaan surah Yasin akan diadakan pada 4 April ini di seluruh negara bagi menyatakan sokongan Malaysia terhadap rakyat Palestin yang diserang zionis Israel beberapa hari lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, program itu sudah dirancang oleh kerajaan bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang selama […]

Malaysia gesa Israel hormati keputusan PBB

PULAU PINANG – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengiktiraf Gaza sebagai wilayah milik Palestin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pendirian Malaysia tentang penjajahan dan pendudukan Israel ke atas Palestin adalah jelas serta konsisten sejak dahulu dan sentiasa bersama-sama dengan Palestin dalam menghadapi isu […]

11 deklarasi bebaskan Palestin, Masjid Al Aqsa

PUTRAJAYA – Persidangan NGO Asean Plus Mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al Aqsa hari ini (24 Mac) menggariskan 11 deklarasi bagi membebaskan simbol penyatuan umat Islam itu. Dinamakan sebagai ‘Deklarasi dan Pelan Tindakan Putrajaya: Bersatu Untuk Membebaskan Baltulmaqdis dan Masjid Al Aqsa’ ia antara lain menegaskan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota Palestin dan sebarang langkah untuk […]

Mohammad Shtayyeh dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmud Abbas melantik sekutunya, Mohammad Shtayyeh sebagai Perdana Menteri Palestin di sini pada 10 Mac, kata pegawai rasmi. Menurut AFP yang memetik agensi rasmi Palestin, WAFA, langkah itu dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan pengaruh Hamas. Mahmud juga meminta Mohammad yang merupakan anggota jawatankuasa pusat parti Fatah untuk membentuk kerajaan baharu. Shtayyeh, […]

Rejim Zionis tahan Gabenor Baitulmuqaddis

BAITULMUQADDIS – Polis Israel menahan Adnan Ghaith, Gabenor Baitulmuqaddis dalam serbuan di sini lewat malam semalam, menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tempatan. Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pertubuhan Banduan Palestin melaporkan, pemimpin tersebut ditahan dirumahnya di Silwan. Menurut agensi berita Maan, Adnan merupakan antara 21 penduduk Palestin yang ditahan rejim Zionis. Kebanyakan yang ditahan […]