Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar bin Ahmad

Profesor Dato’ (Dr.) Ungku Omar bin Ahmad dilahirkan di Johor Bahru pada 18 Januari 1931 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kluang, Segamat Pontian, Tangkak di samping Sekolah Agama sehingga darjah enam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pelajaran di Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan ijazah Perubatan […]