Lantikan penasihat SPSM YADIM

PUTRAJAYA – Sektor Perancangan Strategik dan Media (SPSM) YADIM telah melantik tiga pakar berkebolehan sebagai penasihat untuk bahagian-bahagian dalam sektor ini. Tiga individu berkenaan ialah Prof Madya Dr Mariam Abd Majid, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Selangor sebagai Penasihat Bahagian Perancangan Strategik, Timbalan Pengurus Besar Telaga Biru Sdn Bhd, Haji Muhammad Iqbal […]

Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu […]

Dakwah YADIM gunakan input Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia), Ustaz Wan Subki Wan Salleh (tengah) ketika kunjungan ke YADIM pada 11 Januari. - Foto Amira Syamimi Azman

PUTRAJAYA – Latihan dan pembangunan duat oleh YADIM bakal diperkasakan lagi selepas ini menerusi input daripada Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Yang Dipertua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia), Ustaz Wan Subki Wan Salleh berkata, ia antara bentuk kerjasama yang bakal dijalin bersama YADIM dengan pihaknya. Menurut beliau lagi, pihaknya juga berhasrat untuk melibatkan diri dengan lain […]

YADIM – Dar Al Fikr Turki tandatangani MoA

PUTRAJAYA – Kerjasama dalam bidang penerbitan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diperkasakan lagi menerusi perjanjian yang ditandatangani bersama dengan Dar Al-Fikr Mouaser, Turki pada 24 Ogos. Menerusi perjanjian tersebut, YADIM akan menjadi penerbit buku Atlas An-Nabawi karangan Dr. Shawqi Abu Khalil versi bahasa Melayu di negara ini. Mewakili YADIM dalam perjanjian ini ialah Yang […]

Perkaderan, Penerbitan, MAWAR cadangan kerjasama YADIM – MUI

PUTRAJAYA – Usahasama melibatkan perkaderan, penerbitan dan Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) adalah antara cadangan kerjasama awal yang boleh diterokai antara Yayasan Dakwah islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) kawasan Agam. Cadangan ini timbul dalam perbincangan antara kedua pihak ini dalam lawatan MUI Agam ke ibu pejabat YADIM di sini pada 25 Oktober. […]

Yayasan Usuluddin mahu bernaung di bawah YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM), sebuah badan dakwah yang memfokuskan kepada pendidikan dan kebajikan, menyatakan hasrat untuk bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hasrat tersebut disampaikan oleh Pengasasnya, Dr Mohamad Kamil Abdul Majid dalam kunjung hormatnya ke ibu pejabat YADIM di sini pada 29 Ogos. Hadir bersama beliau ialah Ahli Lembaga Pengurus […]