Barakah Sahur Bersama YADIM

PENGAWAL keselamatan juga merupakan kelompok barisan hadapan yang bukan kecil peranan mereka. Justeru sebagai menghargai dan menyantuni mereka, sebanyak 112 pek makanan diedarkan kepada pengawal keselamatan di tiga lokasi di sekitar Kota Bahru oleh YADIM Kelantan menerusi program Barakah Sahur Bersama YADIM pada 15 April. Program dimulakan dengan penyampaian sebanyak sembilan pek kepada pengawal keselamatan […]

Musaádah untuk pengawal keselamatan Plaza Angsana

JOHOR BAHRU – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan di bandaraya ini menyaksikan banyak premis perniagaan yang masih ditutup. Ia termasuklah di pusat membeli belah terkenal, Plaza Angsana. Akibatnya, para pengawal keselamatan di sini terkesan apabila tidak dapat keluar bekerja seperti biasa menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) […]

Kongsi Rezeki Berbuka Puasa Bersama Pengawal Keselamatan Pusat Membeli Belah

KOTA BHARU- Selepas pengawal keselamatan di hospital dan sekolah, kini giliran mereka yang bertugas di pusat membeli belah disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 3 Mei. Juadah berbuka puasa nasi ayam dan air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang kepada 50 orang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat […]

YADIM Kelantan Santuni Pengawal Keselamatan Sekolah Sekitar Kota Bharu

Kota Bharu – Juadah berbuka puasa berupa nasi ayam disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan kepada para  pengawal keselamatan sekolah di sini pada 1 Mei. Seramai 50 orang pengawal keselamatan dari 21 sekolah sekitar bandaraya ini disantuni dalam program ini. Ia merupakan sebahagian pengisian program Ihya Ramadan Sebulan YADIM Kelantan. Sumbangan disampaikan oleh […]

Barakah Sahur Bersama Pengawal Keselamatan Hospital Raja Perempuan Zainab 2

KOTA BHARU – Peranan pengawal keselamatan jangan dipandang ringan. Tidak semua mampu menggalas tugas dan tanggungjawab mereka. Bagi menghargai golongan ini, dan bersempena dengan program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menyantuni pengawal keselamatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di sini dengan menyediakan juadah untuk bersahur. Juadah […]