Hasrat Abu Hassan sambut puasa di kampung tak kesampaian

KUALA LUMPUR – Hasrat pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, 75, untuk menyambut satu Ramadan di kampung halamannya di Kampung Behor Mali di Perlis tidak kesampaian apabila dijemput ilahi pagi tadi. Anak sulungnya Mohammad Yusri Abu Hassan, 45, ketika ditemui MalaysiaGazette di rumah Allahyarham di Kampung Batu Muda di sini berkata berkata, […]

Kadar zakat fitrah di Perlis kekal RM7

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam negeri ini kekal seperti mana tahun-tahun sebelum ini iaitu RM7. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan majlis pengumuman rasmi kadar berkenaan yang diadakan di Masjid Al Ghufran, Batu 2, di sini […]

MAIPs dijangka beroperasi di kompleks sendiri pada 2021

KANGAR – Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Jalan Pegawai di sini yang dijangka siap dan beroperasi menjelang penghujung 2021 diyakini dapat meningkatkan komitmen MAIPs dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada umat Islam. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah prasarana kompleks yang lengkap […]

Penamatan khidmat imam di Perlis tidak babitkan kerajaan pusat

KUALA LUMPUR: Keputusan menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid di Perlis dan menukar 10 lagi ke kariah lain pada Khamis tidak membabitkan kerajaan pusat kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, buat masa ini kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati […]

Pusat Hemodialisis HTF, ikon wakaf kesihatan terbesar di Malaysia

KANGAR – Pusat Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, yang sedang dalam pembinaan, bakal menjadi ikon wakaf kesihatan iaitu bagaimana sumbangan oleh sesebuah masyarakat Islam itu, mampu memajukan sosio ekonomi ummah di negara ini. Pengurus Besar yang juga Ketua Pegawai Syariah Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd. Nazri Chik berkata, pusat itu […]

36 pelajar Indonesia sertai kayuhan santuni asnaf

ARAU 11 Jan. –  Seramai 36 pelajar Universiti Islam Riau di Indonesia berpeluang menyelami usaha Perlis menyantuni golongan asnaf di negeri ini, hari ini. Pengalaman bermakna itu dilalui semua pelajar yang mengikuti latihan praktikal selama tiga minggu di Universiti Teknologi MARA itu sempena program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli […]