Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan, hubungan rakan pergaulan dan lebih utama ialah hubungan dengan jiran tetangga. Hubungan ini tidak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada memberi bantuan, kerjasama dan sebagainya tetapi khusus kepada perkara-perkara kebaikan sahaja. […]