Maknai Hari Malaysia : YADIM santuni Petugas Barisan Hadapan PKRCB MAEPS

SERDANG  – Para petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 (PKRCB 2.0) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 16 September  menerima sumbangan sempena Musaadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Puspanita Cawangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, bersama Pengerusi […]

Pelancaran Musaádah YADIM 3.0 serentak di seluruh negara

NILAI – Pelancaran program menyantuni rakyat, Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 3.0 diadakan serentak oleh badan dakwah ini di seluruh negara pada 9 Julai. Ia dengan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini. […]

3 PPV dan 1 PKRC terima sumbangan YADIM Sarawak

KUCHING – Pada 23 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak berkunjung ke daerah Simunjan, Lundu dan Bau bagi menyampaikan sumbangan 130 kotak air minuman kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di tiga daerah berkenaan. Di Simunjan, sebanyak 30 kotak air minuman telah diserahkan oleh Pengarah YADIM […]

210 naskhah Al Quran untuk PKRC Pahang

KUANTAN – Kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini menyaksikan pertambahan bilangan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang dibuka. Justeru, sesuai dengan hasrat untuk menggunakan pendekatan kerohanian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Syabab Care Malaysia, telah menyumbangkan sebanyak 210 naskhah Al Quran untuk kegunaan di […]

YADIM sumbang 1,000 buku kepada PKRC

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (13 Mei) meneruskan program Musaadah Covid-19 YADIM dengan menyampaikan sumbangan 1,000 naskah buku terbitannya kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Jumlah sumbangan YADIM hari ini bernilai RM12,400. Selain YADIM turut memberikan sumbangan bahan bacaan hari ini ialah […]