Kadar zakat fitrah Pulau Pinang kekal RM7

KEPALA BATAS – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini kekal RM7 seorang tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkiraan harga zakat fitrah itu adalah berdasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun naik harga. “Jangkaan […]

Sasar letak 13,000 tabung derma seluruh negara

KOTA BHARU – Ramai yang ada wang kecil berlebihan yang tidak digunakan, tetapi hanya meletakkannya di merata-rata tempat termasuk diselit celah kerusi. Daripada hilang begitu sahaja, adalah lebih baik jika wang itu dimasukkan dalam satu tabung khusus di rumah sendiri sebelum disumbangkan kepada golongan memerlukan. Perkara tersebut disarankan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan […]

5 Mei tarikh melihat anak bulan Ramadan

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi. Ia merangkumi: 1. Pontian […]

MRA teruskan tradisi bantu orang miskin sepanjang Ramadhan

KUALA LUMPUR – Malaysian Relief Agency (MRA) kini melancarkan kempen “Dekat di Mata, Lekat di Hati” bagi mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin sepanjang Ramadan ini. Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata pihaknya meletakkan sasaran untuk mengutip sekurang-kurangnya RM500,000 menerusi kempen berkenaan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan sama ada […]

Jangan promosi Buffet Ramadan tanpa miliki sijil halal

SHAH ALAM – Pengusaha industri makanan dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan mempromosi ‘Buffet Ramadan’ tanpa memiliki Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya memandang serius penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal kerana ia boleh mengelirukan umat Islam. “Penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal […]