Makanan siap dimasak, ikan tilapia segar untuk 29 keluarga asnaf

SIJANGKANG – Hasil konsisten dan komited menyantuni mereka yang memerlukan, telah menarik perhatian seorang penternak ikan tilapia turut sama dalam gerak kerja dakwah Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Bertempat di kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 6 Ogos telah menyampaikan sumbangan ikan tilapia segar dan makanan bermasak kepada 29 keluarga asnaf di […]

Anak yatim, ibu tunggal terus diberi perhatian SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Golongan kurang bernasib baik, khususnya anak yatim dan ibu tunggal di daerah ini terus mendapat perhatian Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Menerusi inisiatif mereka, seramai 25 keluarga anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan makanan siap dimasak serta sedikit wang tunai pada 30 Julai di kampung ini dan Kampung […]

Gotong royong bersihkan rumah anak yatim

KUALA LANGAT  – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus melaksanakan kerja kerja khidmat komuniti di daerah ini bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Terbaharu pada 18 Julai, mereka telah bergotong royong membersihkan Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang di sini. Usaha ini dilaksanakan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan beberapa anggota pasukan […]

24 keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat minggu ini

SIJANGKANG-  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)  Kuala Langat terus komited meneruskan usahanya menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan ini. Sepanjang minggu ini, (12 – 18 Julai) SAY Kuala Langat setakat ini telah menyantuni 24 keluarga di mukim ini. Pada 13 dan 14 Julai, dua keluarga di Kampung Kebun Bharu yang terputus bekalan makanan disantuni […]

Sumbangan untuk keluarga dikuarantin akibat Covid-19

KEBUN BHARU – Lima keluarga di kampung ini yang menjalani kuarantin akibat Covid-19 menerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin pada 10 Julai. Pada hari yang sama juga, tiga keluarga di Sijangkang berdekatan kawasan ini, yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan […]

22 keluarga di DUN Sijangkang terima sumbangan makanan siap dimasak SAY Kuala Langat

KAMPUNG MEDAN – Program sumbangan makanan siap dimasak oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) kali ini memberi manfaat kepada 22 keluarga di Dewan Undangan Negeri Sijangkang. Inisiatif terbaharu itu diadakan di kampung ini dan Kampung Kebun Bharu di sini. Ia menyasarkan keluarga anak anak yatim, ibu tunggal dan warga emas dia kawasan ini, selain […]

Mualaf Orang Asli, B40 DUN Sijangkang teruma sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun, lebih ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan. Di mukim ini,  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus mengambil tanggungjawab menyantuni mereka yang memerlukan. Program terbaharu mereka ialah pada 24 Jun dengan menyantuni mualaf Orang Asli dan golongan B40 di sini. Program […]

17 keluarga asnaf terima sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Kekal proaktif menyantuni masyarakat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, pada 14 Jun telah menyampaikan sumbangan kepada 17 keluarga yang memerlukan di sini. Kesemua mereka merupakan asnaf yang terkesan dengan Covid-19 dan penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Dengan mematuhi SOP yang ditetapkan, SAY Kuala Langat menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan […]

Sumbangan Syawal PKP 3.0 SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Pertengahan Syawal kali ini menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diperketatkan, menyebabkan semakin ramai pihak  memerlukan perhatian. Komited membantu rakyat akibat situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 25 Mei turun padang ke kampung ini dan Kampung Kebun Bharu di sini menyantuni seramai tujuh keluarga yang memerlukan. Turut […]

Program Infaq Sejadah SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Selain mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) juga mengadakan beberapa aktiviti lain Ramadan ini. Pada 21 April, SAY Kuala Langat telah mengadakan program Infaq Sejadah kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Dan Asnaf Kampung Sijangkang. Sumbangan disampaikan Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin itu diterima oleh penyelia rumah berkenaan, […]