Lebih ramai boleh bersolat jemaah

PETALING JAYA – Putrajaya secara dasarnya bersetuju memberi lebih kelonggaran untuk umat Islam menunaikan solat berjemaah, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kalau dulu dihadkan kepada 30 orang sahaja, tetapi tadi kita bersetuju berdasarkan keluasan masjid. Asalkan ada penjarakan sosial dalam masjid, maka tidak ada halangan untuk orang ramai melakukan solah secara […]

Solat Jumaat 40 jemaah, bermula Jumaat ini

KOTA BHARU – Kelantan membenarkan jemaah solat Jumaat ditambah kepada 40 orang berbanding sebelum ini hanya 12 individu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuatkuasa pada 5 Jun ini. Beliau berkata, Sultan […]

Solat Jumaat, 5 waktu untuk orang awam di Selangor ditangguh hingga 30 Jun

SHAH ALAM – Sultan Selangor mengarahkan penangguhan solat Jumaat dan solat 5 waktu untuk orang awam di masjid serta surau di negeri itu dilanjutkan sehingga 30 Jun bagi mengekang penularan Covid-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata sepanjang tempoh itu, pelaksanaan solat Jumaat hanya dibenarkan di 39 masjid terpilih dengan jumlah jemaah yang […]

Solat Jumaat hanya di lapan masjid di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lapan masjid di seluruh Terengganu dibenarkan mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini. Kebenaran itu melibatkan Masjid Sultan Ahmad di Kemaman; Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun; Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang; Masjid Sultan Mahmud, Hulu Terengganu. Selain itu, Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus; Masjid […]

Pulau Pinang solat Jumaat minggu depan

BUKIT MERTAJAM – Pulau Pinang dijangka mengadakan solat Jumaat terkawal, minggu depan selepas perbincangan mengenai tatacara pelaksanaannya selesai, sekurang-kurangnya dua hari lagi. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin berkata, solat Jumaat terkawal itu akan mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan dan […]

Solat Jumaat, berjemaah dibenarkan di masjid, surau di beberapa negeri hari ini

KUALA LUMPUR – Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, umat Islam hari ini (15 Mei) dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau. Bagaimanapun, buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal […]

Perak benar solat Jumaat, Aidilfitri

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid dan surau, bermula esok (15 Mei) selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata, baginda turut memberi perkenan untuk solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid […]

Johor benar solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat

JOHOR BAHRU- Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat diadakan bermula 15 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata selain itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga berkenan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta akad nikah diadakan. Bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri serta akad nikah tersebut mesti mematuhi […]

Pulau Pinang belum beri kebenaran guna masjid, surau

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang belum lagi membuat keputusan untuk membenarkan sebarang aktiviti diadakan di dalam masjid dan surau termasuk solat Jumaat bersyarat seperti yang akan dilakukan di Perlis mulai 15 Mei ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sebelum ini memang ada cadangan untuk membuka sebahagian […]

Perlis benar solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei

KANGAR – Kerajaan Perlis memberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini sebagai permulaan bagi membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan kembali di negeri itu. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini (8 Mei) menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku […]