Penutupan masjid, surau bergantung nasihat MKN, KKM

BUTTERWORTH – Penutupan masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah amat tegas dan jelas bahawa sekiranya berlaku wabak […]

Patuhi SOP, elak kluster ibadah – Zulkifli

KUALA NERUS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak wujudnya kluster ibadah berkaitan Aidiladha. Beliau berkata kerajaan tidak mahu berlakunya penularan COVID-19 disebabkan ketidakpatuhan rakyat terhadap SOP sepanjang Aidiladha, yang berisiko […]

Polis pantau masjid, surau dan pusat penyembelihan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid, surau dan kawasan penyembelihan sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam mulai esok. Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu termasuk pemantauan terhadap jumlah kehadiran di pusat penyembelihan yang dihadkan kepada 20 […]

OIC seru jemaah haji patuhi penjarakan sosial

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta jemaah haji tahun ini memberi komitmen untuk mengamalkan penjarakan sosial demi menjaga kesihatan semua pihak, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen, meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain. […]

Selangor benarkan solat sunat Aidiladha dengan penjarakan 1.5 meter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan solat sunat Aidiladha diadakan di semua masjid dan surau negeri dengan kaedah jemaah secara terbuka (first come, first serve) sehingga memenuhi kapasiti sebenar ruang solat dan mematuhii penjarakan sosial 1.5 meter. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi kenyataan berkata hanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz […]

Arab Saudi lulus permohonan lapan jemaah Malaysia tunai haji

KUALA LUMPUR – Lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi terpilih dalam kalangan 1,000 jemaah yang dibenarkan negara itu untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata jemaah berkenaan telah membuat permohonan terus kepada Kerajaan Arab Saudi. “Insya-Allah saya […]

SOP ibadah korban selari hukum syarak

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) untuk ibadah korban sempena Aidiladha yang ditetapkan kerajaan selari dengan hukum syarak dari segi keselamatan dan kesihatan dalam usaha membendung penularan COVID-19. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata SOP dari segi jumlah haiwan korban dan lokasi seperti ditetapkan itu bersesuaian dengan keadaan negara yang berdepan ancaman wabak […]

Perlis benarkan solat sunat Aidiladha

KANGAR – Perlis membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan di masjid di negeri ini namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) bertitah hanya masjid kariah dan ruang lapang yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam […]

Boleh balik kampung sambut Aidiladha

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19. “Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena […]

COVID-19: Masjid guna sangkar hidraulik untuk korban

KUALA LUMPUR – Pengurusan 10 masjid di Wilayah Persekutuan akan menggunakan sangkar hidraulik ketika melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha, mulai Jumaat ini. Pendekatan bersandarkan hasil Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) itu dipilih, selari keperluan pengurusan masjid untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan penularan wabak COVID-19. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan […]