Solat Jumaat 40 jemaah, bermula Jumaat ini

KOTA BHARU – Kelantan membenarkan jemaah solat Jumaat ditambah kepada 40 orang berbanding sebelum ini hanya 12 individu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuatkuasa pada 5 Jun ini. Beliau berkata, Sultan […]

Kursus praperkahwinan di Melaka dilaksanakan semula Isnin ini

MELAKA – Kursus praperkahwinan yang ditangguhkan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu akan dilaksanakan semula bermula Isnin ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat, berkata langkah itu susulan persetujuan pihak pengurusan jabatan itu untuk mengubah beberapa kaedah perjalanan kursus terbabit, sejajar dengan kehidupan normal baharu ketika ini. […]

Pulau Pinang solat Jumaat minggu depan

BUKIT MERTAJAM – Pulau Pinang dijangka mengadakan solat Jumaat terkawal, minggu depan selepas perbincangan mengenai tatacara pelaksanaannya selesai, sekurang-kurangnya dua hari lagi. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin berkata, solat Jumaat terkawal itu akan mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan dan […]

Umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh solat Jumaat, berjemaah esok

PUTRAJAYA – Semua masjid, Surau Jumaat dan surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan mulai esok (15 Mei). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, […]

Mufti Perlis saran orang ramai solat Aidilfitri di rumah

ARAU – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing, berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun. Katanya, Jabatan Mufti Perlis akan menyediakan teks khutbah Aidilfitri yang mudah dan tidak membebankan, agar ianya mudah dibacakan oleh […]

SOP Solat Jumaat dibawa ke Muzakarah MKI hari ini, negeri putuskan pelaksanaan

KUALA LUMPUR – Garis Panduan Solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibentangkan di Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu disediakan bagi penelitian Ashabus Samahah Mufti-Mufti […]

Kebenaran solat Jumaat, tarawih dibincangkan esok

PUTRAJAYA – Semua kementerian akan terlibat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok bagi membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu termasuklah kebenaran bagi orang Islam menunaikan solat Jumaat atau tarawih di masjid. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dan pengumuman berkaitan […]

Tak faham pengurusan krisis, media sosial jadi mahkamah

JELAS sekali ancaman dan penularan wabak koronavirus (2019-nCOV) yang berasal dari Wuhan, China mula mencetuskan krisis kemanusiaan di seluruh dunia. Rata-rata masyarakat antarabangsa terutamanya yang menerima kemasukan warga China mula panik dan bimbang. Akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan wabak koronavirus ini sebagai kecemasan kesihatan global. Ironinya, negara kita juga tidak terkecuali apabila […]

Teliti semula SOP penceramah luar

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan kemasukan penceramah luar ke negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Kabinet sebelum ini juga sudah bersetuju bahawa kehadiran penceramah luar mestilah mengikut syarat yang ditetapkan. Menurutnya, syarat itu bukan saja perlu dipatuhi oleh penceramah tetapi […]

Cuaca panas, sekolah diminta ambil langkah berjaga-jaga

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah perlu susulan cuaca panas dan kering berpanjangan melanda negara kini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya di beberapa negeri di utara dan Pantai Timur serta beberapa daerah di Melaka. “Pihak pengurusan sekolah perlu memantau aktiviti […]