Gotong royong pasca banjir Sukarelawan YADIM Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG- Bertempat di Kampung Batu 9 Kebun Bharu di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program berbentuk khidmat bakti pasca banjir. Mereka telah bekerjasama membersihkan dua kediaman di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini. Pasukan yang diketuai oleh Hasmawi Mahidin ini menghabiskan masa selama dua jam membersihkan kedua […]

Musim Tengkujuh: Sukarelawan YADIM Siaga

1. Menghadapi musim tengkujuh tahun ini, YADIM akan mulakan dengan siri solat dan munajat di seluruh negara agar negara dan seluruh penduduknya selamat dan tidak mengalami apa jua musibah. Insyaallah 2. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan SUKARELAWAN YADIM akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk berkhidmat kepada masyarakat atau rakyat yang memerlukan. 3. Gandingan Sukarelawan […]

Firdaus Wong sertai YADIM edar Kuih Bulan di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung pada 1 Oktober telah menyertai inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengedar Kuih Bulan di sekitar Jalan Petaling di sini. Beliau bersama kira kira 25 Sukarelawan YADIM mengedarkan kuih tersebut sempena Sambutan Perayaan Kuih Bulan yang disambut komuniti Cina di negara ini. “Kita disini bukan untuk […]

Aktiviti kesukarelawanan mampu jadikan belia lebih berdisiplin

SEREMBAN –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menggesa orang ramai khususnya golongan belia menyertai aktiviti kesukarelawanan yayasan itu yang mampu membentuk diri lebih berdisiplin dan memiliki jati diri tinggi. Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata ia juga mampu memberi nilai tambah terhadap pembangunan insaniah belia sekali gus mendapat ganjaran Allah SWT atas usaha murni […]

Inisiatif Pelancaran Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan serentak di 7 daerah

SEREMBAN – Pasukan Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan pada 13 September melancarkan inisiatif menarik orang ramai menyertai gerakan itu secara serentak di tujuh daerah di negeri ini. Pelancaran di Seremban, Port Dickson, Jempol, Tampin, Jelebu, Rembau dan Kuala Pilah ini disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Prof. Dato Dr. Mohd Fakhrudin bin […]

15 Sukarelawan YADIM Penjara Dusun Dato’ Murad sertai kempen kibar jalur gemilang di Tehel

BEMBAN – Bertempat di flat Projek Perumahan Rakyat Tehel di sini, telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana & Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 22 Ogos. Program yang diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan ini turut disertai seramai 15 Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Penjara Dusun Dato’ Murad, yang merupakan Orang Yang Diparol (ODP) di instusi […]