Juvita Seafood – SAY Kuala Langat sampai sumbangan asnaf Tanjung Sepat

BANTING – Sukarelawan YADIM Kuala Langat meneruskan kerjasama dengan Restoran Juvita Seafood bagi menyantuni golongan yang memerlukan.Inisiatif terbaharu mereka diadakan pada 21 Ogos lalu di sini apabila restoran terkenal di sini itu menaja sumbangan barangan dapur untuk 10 keluarga asnaf di Tanjung Sepat. Mereka yang disantuni kebanyakannya merupakan ahli keluarga asnaf yang mengidap penyakit tahap […]

Mangsa ribut Tanjung Bidara terima sumbangan YADIM Melaka

TANJUNG BIDARA – “Barang dalam rumah semua tak boleh pakai dah, almari, barang elektrik, semualah,”. “Bumbung tercabut semuanya, keseluruhan lah. Air hujan masuk, tak tahulah berapa anggaran jumlah kerosakan, tapi semua sudah tak boleh digunakan,”ujar salah seorang mangsa ribut yang kami temui. Sejujurnya, sukar untuk membayangkan kedudukan mangsa mangsa, kerana kesemuanya nampak begitu tenang menghadapi […]

Sedikit sumbangan tanda kami prihatin

SETIU – Sejak tiga tahun lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Setiu mengalami masalah bekalan air yang kerap berlaku. Jika berlaku di sesebuah kediaman peribadi, ia pasti amat menjengkelkan, apatah lagi jika terjadi di sebuah sekolah yang mempunyai beratus ratus murid! SK Kuala Setiu telah cuba mengatasi masalah ini dengan pelbagai ikhtiar, antaranya memohon bantuan dan […]

Souq@YADIM di Pengkalan Chepa santuni 500 keluarga

PENGKALAN CHEPA – Siri Souq@YADIM terbaharu yang diadakan di Parlimen ini telah memanfaatkan 500 penerima terdiri daripada golongan yang memerlukan pada 23 Julai. Mereka yang dibantu menerima barangan dapur seperti tepung, gula, sayuran dan seekor ayam. Mereka turut membawa pulang beras yang disumbangkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana […]

20 keluarga Orang Asli terima sumbangan SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – Meskipun sekadar barangan dapur ringkas, namun untuk penerimanya, ia satu sumbangan cukup bermakna. Ia menunjukkan tanda ingatan yang tidak pernah putus untuk mereka. Walaupun tidak dizahirkan dengan ucapan, namun riak wajah jelas mengungkapkan rasa terima kasih mereka. Pada 21 Julai, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyantuni 20 keluarga Orang Asli di sini […]

Alhamdulillah, selesai agihan 40 set sumbangan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di Baling pada 6 Julai.

Tetapi YADIM akan meneruskan program di kawasan ini hingga sebelum Aidiladha kelak bagi menyantuni dan memberi sedikit keceriaan kepada mangsa. Akan ada program Cuci Cuci umpamanya, membersihkan kediaman dan kemudahan awam seperti surau dan sebagainya. Sukarelawan YADIM Kedah dan Rakan Siswa YADIM Kedah juga sedia membantu. Program hari ini bermula dengan sesi taklimat daripada Pegawai […]

Semoga lebih ramai terima manfaat

PASIR SALAK – “MasyaAllah, malam tadi beri cek, pagi ini bagi barang dapur pula” “Semoga dipermudahkan semua urusan pihak Tuan agar lebih ramai nanti terima manfaat dan boleh dibantu..” Cukup puas mendengar reaksi spontan begini. Hilang penat lelah menghabiskan masa berjam jam, melalui laluan sempit dan sukar, kebun serta ladang sejak pagi menghantar barangan sumbangan […]

20 Telok Panglima Garang disantuni SAY Kuala Langat

SETIAP Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak lupa menyantuni golongan ibu tunggal, anak-anak yatim,warga emas dan miskin di daerah berkenaan. Inisiatif terbaharu mereka pada 17 Jun menyaksikan seramai 20 buah keluarga di kawasan Kebun Bharu, Kampung Medan dan Taman Pahlawan di Telok Panglima Garang telah disantuni SAY Kuala Langat. Kali ini beberapa orang pelajar […]

Bengkel Ibadah Pesakit YADIM Perak

LAMBOR KANAN – YADIM Perak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Seri Iskandar dan Hospital Changkat Melintang telah menganjurkan program Bengkel Ibadah Pesakit yang dilaksanakan di Dewan Annur, Hospital Changkat Melintang pada 30 Mei. Program yang berorientasikan ceramah, bengkel dan amali telah memberi pengisian praktikal ibadah kepada 30 peserta dari kalangan pegawai perubatan, jururawat dan […]

Ziarah Kasih Aidilfitri SAY Kuala Selangor

PARIT 4 – Dalam suasana Aidilfitri, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor kembali giat menyantuni golongan yang memerlukan di daerah tersebut. Pada 22 Mei, satu kunjungan dan ziarah ringkas diadakan bagi menyantuni sebuah keluarga di sini. Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin bersama dua ahli jawatankuasanya telah menyantuni Encik Nayan Haji Saruni yang menjaga ayahnya, […]