Is’aadul Usrah dan Musa’adah di Masjid Tengku Abdul Halim, Tualang Tinggi

PASIR PUTEH – Program Musa’adah menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan di negeri ini dengan Selising di sini menjadi lokasi terbaharu program pada 18 Mac. Lebih unik, kali ini ia dilaksanakan bersekali dengan Is’aadul Usrah di Masjid Tengku Abdul Halim di sini. Seramai 100 asnaf yang memerlukan menerima sumbangan barangan keperluan harian […]

Sumbangan untuk Orang Asli Batu 14 Gambang

GAMBANG – Seramai 67 keluarga di Kampung Orang Asli Batu 14 di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 14 Mac. Meskipun hanya 15 keluarga daripada jumlah keseluruhan yang disantuni sudah memeluk Islam, namun program ini tetap dijalankan sesuai dengan hasrat gerak kerja badan dakwah ini yang menyantuni semua. Mereka menerima sumbangan kit […]

Sumbangan peralatan berniaga untuk ibu tunggal di Tambirat

SAMARAHAN – Membesarkan anak anak tanpa pekerjaan tetap memberikan cabaran yang cukup besar, apatah lagi jika yang memikul tanggungjawab tersebut adalah seorang ibu tunggal. Namun itulah yang dihadapi Nayah Sedi dari Kampung Tambirat di sini. Tanpa sumber pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat, wanita ini berusaha gigih membesarkan lima anaknya […]

Ziarah Dan Penyampaian Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat

BANTING – Bandar ini merupakan lokasi terkini program menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat pada 14 Mac. Bertempat di Taman Budiman, Sularelawan YADIM Kuala Langat menyantuni dua keluarga India di sini. Program kali ini juga diadakan dengan penyertaan Sukarelawan YADIM Batu 16 Rawang yang diwakili oleh Noorsiah Mohamed Yusof. Penduduk […]

Program Musaadah YADIM Melaka

TANJUNG DAHAN – Pada 13 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka mengadakan beberapa program menyantuni masyarakat di sekitar daerah Alor Gajah. Selepas selesai bersama Orang Asli di Bukit Sebang pada sebelah pagi, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf yang dikenalpasti di kawasan ini. Program ini diadakan dengan rakan kerjasama strategik Kementerian Pembangunan Usahawan […]

YADIM Melaka santuni Orang Asli Bukit Sebang

ALOR GAJAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka terus menyantuni pelbagai golongan di negeri ini tanpa mengambil kira latar belakang mereka. Bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Sebang di sini pada 13 Mac, telah diadakan program YADIM Peduli & YADIM Lestari: Musaadah YADIM Melaka 2021. Meskipun hanya 7 daripada 20 keluarga yang disantuni adalah […]

YADIM Peduli Mualaf dan Frontliners di Bertam

BANDAR PUTRA BERTAM – Dengan kerjasama Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (KARIB), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program menyantuni mualaf dan Frontliners di sini pada 10 Mac. Bersama mualaf di Surau al-Falah, Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, mereka diberi ruang untuk bertukar pandangan sambil berkongsi pengalaman mereka dalam mendepani cabaran sebagai […]

YADIM Peduli di Pulau Terusan

SANDAKAN –  Seramai 130 keluarga di Pulau Terusan, Sugut menerima manfaat daripada program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli di sini pada 10 Mac. Dalam program yang dianjurkan secara bersama oleh YADIM dengan Polis Marin, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, kesemua yang disantuni […]

YADIM Sabah santuni pengawal keselamatan Sipitang

SIPITANG – Merekalah yang kerap dimarahi, dipersalahkan, menjadi mangsa cacian, sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mengawal keselamatan premis tempat bertugas. Dari satu sudut, mereka juga petugas barisan hadapan menjaga keselamatan dan kesihatan orang lain, walaupun sebenarnya pendapatan yang diraih tidak seberapa. Merekalah pengawal keselamatan. Peranan pengawal keselamatan sangat besar, namun jarang sekali diketengahkan. Bagi menghargai […]

Ziarah asnaf di Port Dickson

PORT DICKSON – Dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) rakan badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 9 Mac telah menyantuni keluarga yang memerlukan di sekitar daerah ini. Seramai 20 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM untuk meringankan beban mereka yang […]