YADIM Peduli di Behor Lateh dan Utan Aji

KUALA PERLIS – Hari kedua YADIM Peduli di negeri ini dimulakan dengan program di Kampung Behor Lateh di sini dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf di kawasan ini. Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Fathul Bahri Mat Jahya. Hadir sama ialah Ketua Pegawai eksekutif YADIM, Tuan Kamarul […]

Musaádah YADIM Melaka di Alor Gajah

LUBUK REDAN – Seramai 150 penduduk di daerah ini menerima manfaat menerusi program Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di sini pada 27 Februari. Program yang mensasarkan golongan B40 dan OKU itu diadakan dengan kerjasama Masjid Al Anshariah Kampung Lubok Redan, Sukarelawan YADIM, Persatuan Alumni Politeknik Melaka serta Jawatankuasa Masyarakat Kampung Lubok Redan. Hadir sama ke […]

Musa’adah Covid-19 di Dungun

RANTAU ABANG – Usaha menyantuni golongan memerlukan di negeri ini, diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke daerah Dungun pula. Pada 27 Februari, seramai 50 keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Mereka yang disantuni adalah terdiri daripada golongan B40, warga emas, asnaf, pesakit kronik dan ibu tunggal. Hadir sama ke program ini […]

Sumbangan barangan keperluan harian untuk 3 beradik buta

ARAU – Hidup tanpa nikmat penglihatan merupakan satu ujian yang cukup besar. Lebih besar lagi cabarannya kerana yang diuji itu ialah warga emas. Namun itulah yang dihadapi oleh tiga beradik di Kampung Titi Besi di sini. Mereka tinggal bertiga di sebuah rumah di sini, dalam keadaan yang cukup sukar dibayangkan oleh kita. Pun begitu, mereka […]

Sedia anjur lebih banyak program dengan bukan Muslim

GAMBANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedia menganjurkan lebih banyak program dengan komuniti bukan Muslim di negara ini bagi menunjukkan toleransi Islam dan menjelaskan pelbagai salah faham mengenainya. Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan menjelaskan, ia bukan bermaksud mendesak orang ramai menerima Islam, sebaliknya bertujuan  membuktikan tohmahan Islam sebagai agama yang ekstrem […]

Sumbangan YADIM Sabah untuk pesakit Talasemia di Tanjung Aru

KOTA KINABALU – Mempunyai ahli keluarga yang mengidap Talasemia memberikan cabaran yang sangat berat, apatah lagi untuk berdepan dengannya di saat kita sedang berdepan dengan Covid-19. Bukan saja memerlukan pemindahan darah, malah keperluan lain juga perlu diambil kira. Namun itulah yang perlu dihadapi oleh Selly Onong, dari Tanjung Aru di sini apabila anaknya, Neowell Van […]

Yadim Kelantan ziarah asnaf dan pesakit kronik

TUMPAT – Bertempat di Kampung Neting di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Februari telah menyantuni tiga pesakit kronik di kawasan ini. Yanti Ab Rashid yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman dalam paru-paru sejak sebulan yang lalu adalah yang pertama disantuni. Wanita ini dijaga anaknya, yang terpaksa berhenti berniaga Roti John untuk menjaga […]

Angpau untuk En En

KUALA TERENGGANU – Gadis kecil itu tersenyum setiap kali namanya dipanggil. Meskipun sudah berusia 18 tahun, tetapi tubuhnya tidak seperti seseorang yang berusia sedemikian. Ibunya menjelaskan, Chang Yu En mengalami masalah semasa lahir akibat kekurangan oksigen mengakibatkan pertumbuhannya bermasalah. Meskipun sukar bertutur, gadis ini jelas gembira dengan kedatangan rombongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke […]

PUTRAJAYA – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merancang untuk menyantuni kira kira 50 buah sekolah menengah di negara ini dengan pelbagai bentuk bantuan sebagai usaha membantu mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, antara barangan sumbangan yang dicadangkan untuk disampaikan termasuklah seperti faceshield, penapis […]

YADIM Peduli Santuni Petugas Di Sekatan Jalan Raya

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan hari ini (23 Februari)  telah menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya sekitar jajahan ini, Pasir Mas, Machang dan Bachok. Antara yang disumbangkan ialah lima kotak pelitup muka, lima kotak air mineral, 70 bungkus nasi campur, lima kotak makanan segera, buah […]