YADIM Peduli Musaadah 2.0 Daerah Baling

BALING – Sebanyak enam pondok pengajian Islam di daerah ini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19 Februari. Mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM,  kotak sumbangan Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS), pembasmi kuman, pelitup muka dan majalah Dakwah terbitan YADIM. Selain Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, hadir sama […]

Ziarah kasih di Kampung Sumbiling

BONGAWAN – Kampung Sumbiling di sini pada 19 Februari telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menerusi kunjungan tersebut, seramai 50 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini bertujuan meringankan beban mereka. Mereka yang menerima sumbangan termasuk keluarga bukan Muslim sesuai dengan gerak kerja YADIM yang bersama rakyat tanpa mengira latar […]

YADIM Peduli Santuni Petugas AKSEM

BUKIT KAYU HITAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah hari ini (18 Februari) bersama Majlis Dakwah Negara (MDN) Kedah menyampaikan sumbangan berupa air mineral, topeng pelitup muka, pembasmi kuman dan makanan ringan kepada anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Sumbangan ini sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih pihak YADIM dan rakan badan bukan kerajaan […]

Muhammad Rayhan, kanak kanak pengidap Hidrosefalus disantuni YADIM

LAHAD DATU – Di sebalik tubuhnya tersedia pelbagai jenis ubat ubatan untuk anak kecil ini. Sayu, hiba dan sepi kediaman ini seolah mengerti apa yang dirasai oleh Muhammad Rayhan Jilhan, 5 tahun dari Kampung Desa Bajau di sini. Sebaik menerima berita mengenai penderitaan anak kecil ini pada 14 Februari, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) segera […]

YADIM Peduli Pulai Pinang sempena Tahun Baru Cina

GEORGETOWN – Masyarakat Tionghua di sini yang memerlukan menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 Februari. Ia bertujuan membantu menceriakan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina. Program ini memberi manfaat kepada 50 keluarga yang masing masing menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas. Pada hari yang sama, YADIM Pulau Pinang juga menyampaikan sumbangan kepada […]

Keluarga saudara baharu terkesan Covid-19 dibantu YADIM

JOHOR BAHRU – Cuba meneruskan kehidupan di sebuah bandaraya tanpa mempunyai pendapatan amat sukar untuk dibayangkan. Bertambah perit apabila bertanggungjawab menyara sebuah keluarga. Namun itulah yang dihadapi Muhammad Lee Sung Lee dari Plentong di sini. Hampir setahun tidak mempunyai pekerjaan akibat diberhentikan majikan kerana kesan Covid-19,Muhammad Lee Sung Lee memberitahu dia menempuh tempoh yang amat […]

30 keluarga OKU terima sumbangan

JOHOR BAHRU – Meneruskan usaha menyantuni semua lapisan masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan  Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar bandaraya ini. Seramai 30 keluarga OKU  menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada YADIM. Ia adalah sebahagian daripada pengisian program YADIM Peduli selama dua […]

Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di DUN Pedu

PADANG TERAP – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 12 Februari mengadakan program Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di Dewan Undangan Negeri Pedu di sini. Ziarah dilakukan kepada 10 buah rumah yang terdiri dari guru agama, pemimpin masyarakat, mantan imam, mantan bilal serta aktivis masyarakat. Bicara agama pula diadakan di Masjid Kampung,Lubuk Perong, […]

YADIM Peduli: Musaadah 2.0. Ziarah Muallaf

KUBANG PASU – Sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik antaranya Hidayah Centre Foundation Kedah, Majlis Dakwah Negara, Dhu’afa Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra menyantuni tiga keluarga muallaf sekitar kawasan ini. Dalam suasana masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu dalam norma […]

Asnaf keturunan Siam, Cina turut terima sumbangan YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Negeri Kelantan hari ini (10 Februari) turun padang menyantuni 10 keluarga asnaf yang mempunyai ahli keluarga Orang Kelainan Upaya atau sakit terlantar di sekitar Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Gaal di sini. Bagi meringankan bebanan keluarga yang terlibat,  YADIM Negeri Kelantan menyerahkan sumbangan berbentuk makanan keperluan asas, […]