YADIM, Sukarelawan Al Baasith bantu ringankan beban mangsa banjir

JOHOL – Sekelip mata semua peralatan rumah musnah. Itulah yang digambarkan penduduk di kawasan ini yang menjadi musibah banjir pada 16 Mei. Penduduk yang ditemui YADIM Negeri Sembilan nyata terkejut dengan musibah tersebut yang disifatkan mereka terburuk dalam tempoh 53 tahun. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Ulu Inas, Kampung Dingkir, Kampung Senginyeh Kabong, Kampung […]

Sumbangan Syawal SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Ramadan menuju ke penghujungnya dan Syawal bakal dirai. Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat terus menyantuni golongan masyarakat yang memerlukan bantuan lebih-lebih lagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Terbaharu SAY Kuala Langat menghulurkan sumbangan Aidilfitri berupa barangan keperluan dapur,sedikit kuih muih dan wang tunai kepada 15 keluarga di kampung ini dan […]

Ziarah Mangsa Kebakaran di Berek 12

KOTA BHARU – Empat hari sebelum Aidilfitri, enam keluarga di Kampung berek 12 di sini diuji dengan musibah kebakaran. Terdapat kediaman mereka yang musnah sama sekali dalam kejadian ini, manakala ada yang sebahagian sahaja. Namun persiapan menyambut Aidilfitri sudah pasti terjejas sama sekali. Punca kejadian dikatakan akibat litar pintas. Prihatin dengan nasib keluarga yang ditimpa […]

Sumbangan bakul makanan pelajar Muslim SMJK (C) Chan Hwa

SEREMBAN – Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Perayaan ini sewajarnya disambut dengan ceria oleh semua. Untuk itu, YADIM Negeri Sembilan secara pro aktif telah berusaha menyantuni golongan yang memerlukan bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri dengan gembira. Untuk itu, seramai 20 bakul makanan telah disampaikan kepada pelajar pelajar Muslim di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) […]

50 kotak barangan keperluan untuk Pertubuhan Bakti Massa

PUTRAJAYA – Pertubuhan Bakti Massa, sebuah rakan badan bukan kerajaan (NGO) YADIM pada 27 April menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai daripada badan dakwah ini bagi membantunya melaksanakan gerak kerjanya. Sumbangan 50 pek barangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu majlis di ibu pejabat YADIM di sini, yang diselaraskan […]

Muslim Ireland beri sumbangan untuk mualaf

PUTRAJAYA – Komuniti Muslim di Ireland telah menyumbang sejumlah RM5,000 untuk seramai 50 mualaf di negara ini menerusi YADIM. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad dalam program Ceramah Perdana Nuzul Al Quran dan Quran Hour YADIM di Surau An […]

YADIM Perlis rai 170 penghuni Rumah Kanak Kanak Arau

ARAU – YADIM Perlis turut tidak ketinggalan meraikan anak anak yatim di negeri ini pada Ramadan ini. Bertempat di Rumah Kanak -Kanak Arau di sini, seramai 170 penghuninya disantuni dalam majlis Iftar Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 14 April. Bukan sekadar berbuka puasa, turut diadakan ialah Ceramah Ihya Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz […]

Kuliah Dhuha dan penyampaian sumbangan warga SK Demit

KOTA BHARU – YADIM Kelantan meneruskan program menyantuni rakyat menerusi pelbagai pendekatan pada Ramadan ini. Selain mengadakan pengisian ilmu kepada hadirin menerusi Kuliah Dhuha Ramadan di Masjid Al Husna, Baung Ayam di sini, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada 60 keluarga pelajar B40 Sekolah Kebangsaan (SK) Demit. Dalam program ini, ibu bapa menerima barangan keperluan […]

Santuni banduan akhir Penjara Kajang dan Sungai Buloh

KAJANG – Assalamualaikum Tuan…. Dari jauh kami disapa oleh mereka. Sopan dan teratur mereka duduk menanti kehadiran kami sebagai tetamu. Langsung tidak kelihatan sebarang riak sedih. Namun bak kata hikmah, jangan diukur hati pada riak wajah. Para banduan akhir ini yang sedang menanti hukuman ketika program kami menyantuni mereka ini jelas tampak sabar. Dengan penuh […]

Keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Hampir tiada yang tinggal….. Demikian kejadian malang yang menimpa keluarga seorang tukang rumah, Encik Rozali Ismaik di sini apabila kediamannya musnah dalam satu kejadian kebakaran pada 5 April lalu. Selain kehilangan rumahnya, sebuah kereta dan dua motosikal turut hangus dalam kejadian itu. Insiden malang ini pastinya memberi kesan kepada mereka Ramadan ini […]