“Bulan lepas tak diberi gaji, bulan ini pula diberi cuti.”

AMANJAYA – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada semua. Bukan sahaja dipotong gaji dan dikurangkan elaun, malah ramai yang kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan hidup. Mohd Zamri Hussain, 37, dari sini merupakan bapa kepada dua orang puteri comel. Beliau adalah pekerja kilang di kawasan perusahaan Sungai Petani, yang terjejas secara langsung akibat […]

Penduduk Flat Jenaris terima sumbangan YADIM Kedah

TIKAM BATU – Flat Jenaris di sini merupakan lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Seramai 30 keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian untuk meringankan beban ditanggung oleh mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan di flat berkenaan. Kebanyakan penerima bantuan terdiri daripada pesakit kronik, […]

Sumbangan untuk penduduk Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Seramai 20 keluarga di Taman Ria Jaya di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Julai. Mereka terdiri daripada penduduk yang terkesan secara langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dikuatkuasakan di kawasan ini. Dua daripada mereka yang menerima sumbangan ini memohon bantuan menerusi […]

Keluarga ‘tinggal’ dalam kereta dibantu YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah sebuah keluarga yang tinggal di dalam kereta kerana dihalau oleh penyewa rumah yang sebelum ini didiaminya. Ia bermula apabila seorang pelayar membuat perkongsian kisah keluarga terbabit sebelum ia ditularkan netizen. Pada 5 Julai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni keluarga ini […]

Tahsin Ibadah Sembelihan Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Usaha dakwah Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) dilaksanakan dalam pelbagai bentuk meliputi semua lapisan masyarakat. la dilaksanakan bukan sahaia dalam bentuk dakwah secara lanasung tetapi juga dari segi pengisian imu sebagai panduan hidup. Sesuai dengan hasrat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program Tahsin Ibadah Sembelihan telah diadakan kepada […]

YADIM Kedah sumbang barangan keperluan untuk mualaf

SUNGAI PETANI – Seramai 20 orang mualaf di di Pusat Talaqqi Al Mursyidin di sini, disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Mac. Mereka menerima 20 pek barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria,  Pengasas dan Mudir Pusat Talaqqi Al […]

Musa’adah Covid-19 Frontliner Yadim Kedah

SUNGAI PETANI – Dengan Covid-19 yang masih belum reda dan pelaksanaan Kembali Perintah Kawalan Pergerakan, golongan petugas barisan hadapan kini terpaksa berhempas pulas berusaha menangani situasi ini. Menyedari hal ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) negeri Kedah pada 24 Januari telah bekerjasama menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Kedah di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 26 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 untuk komuniti ini dan kawasan sekitarnya. Selain menyantuni seramai 20 keluarga miskin, turut diadakan ialah aktiviti pemakaian vest dan penyampaian watikah kepada 3 pengerusi SAR kawasan iaitu  Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai. Program kemudiannya bersambung keesokannya […]

ADUN Bakar Arang lancar SAR Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai

SUNGAI PETANI – Negeri Kedah merupakan lokasi terkini penubuhan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) apabila tiga pasukan ditubuhkan secara rasmi pada 22 Februari. Tiga pasukan tersebut ialah Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai yang disempurnakan pelancarannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang, Yang Berhormat Simon Ooi Tze Min dalam Program […]