2 disiasat SKMM kerana hina nabi

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat 2 individu di Selangor serta Sabah atas dakwaan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam menerusi media sosial baru-baru ini. Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Mohd Shafie Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata 2 individu itu ditahan di Kajang dan Semporna menerusi serbuan dengan kerjasama […]

6,000 kanak-kanak Palestin ditahan, didera

GAZA – Sekurang-kurangnya 6,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis sejak 2015. Menurut Persatuan Banduan Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, daripada jumlah itu, 98 peratus kanak-kanak yang ditahan mengalami penderaan dari segi psikologi dan fizikal sepanjang dalam tahanan. Tambah persatuan berkenaan, puluhan kanak-kanak ditahan selepas ditembak atau dicederakan […]

Penghina agama Hindu pula ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan di sini berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan semalam. “Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi […]

Tiga lelaki didakwa hina Nabi Muhammad, Islam

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman sosial. Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah, manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan […]

Hina Nabi : Tiga pemilik facebook ditahan, Alvin Chow masih diburu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 929 laporan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseluruh negara berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, susulan laporan tersebut, sebanyak […]

Mat motor ditahan diberi tazkirah, solat subuh berjemaah

KEMAMAN – Polis daerah ini terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan lumba haram dengan menahan 33 lagi penunggang motosikal dalam operasi khas motosikal Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan awal pagi ini. Operasi enam jam berakhir pukul 5.50 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) […]

Empat warga asing diberkas edar risalah Bible di Langkawi

LANGKAWI – Empat individu warganegara Finland ditahan polis petang semalam disyaki menyebarkan risalah Bible kepada umat Islam di sekitar pulau peranginan ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan di sebuah resort di sini kira-kira pukul 5.30 petang. “Kami […]