Pusat tahfiz: Kerajaan pinda akta

KUANTAN – Kerajaan akan meminda Seksyen 97 Akta 505 Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 (Wilayah Persekutuan) bagi mengawal selia sekolah tahfiz dan sebahagian sekolah agama di seluruh negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, pindaan itu dibuat melalui sidang Dewan Rakyat bagi memperluaskan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam mengawal selia […]

Pihak industri diminta beri peluang kepada pelajar tahfiz

TANAH MERAH – Kementerian Sumber Manusia berharap pihak industri memberi peluang kepada pelajar tahfiz untuk turut terbabit dalam bidang itu. Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerjasama ini penting untuk melahirkan pelajar tahfiz yang bukan saja berkebolehan dalam keagamaan malah berkemahiran. Katanya, kolej kemahiran bertauliah juga boleh menyediakan tempat kepada mereka untuk memenuhi kehendak industri. […]

PBT boleh ambil tindakan sekolah tahfiz tak berdaftar

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan terhadap premis-premis sekolah tahfiz yang tidak mendaftar dengan mana-mana pejabat agama Islam negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sekolah tahfiz yang berdaftar dengan pejabat agama perlu mendapat kelulusan PBT terlebih dahulu untuk beroperasi. “Jabatan agama […]

Mapim sokong tubuh Majlis Tahfiz Negara

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berhubung cadangan kerajaan menubuhkan Majlis Tahfiz Negara. Mapim berpendapat cadangan yang melibatkan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mewujudkan peraturan pendaftaran maahad tahfiz swasta adalah wajar dan sangat tepat masanya. Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul […]

Asrama terbakar, 17 pelajar tahfiz selamat

DENGKIL: Solat Zuhur berjemaah bersama penduduk kampung di masjid ‘menyelamatkan’ 17 pelajar Madrasah Tahfiz Al Ridzuan di Kampung Dato’ Ahmad Razali di sini, daripada menjadi mangsa kebakaran balai raya yang dijadikan asrama sementara. Ketika kejadian jam 1.30 tengah hari tadi itu, mereka berada di Masjid As-Syarif yang terletak dalam kawasan sama dengan balai raya serta […]

Pelajar tahfiz kini perlukan akademik, kemahiran

KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan menyambut baik rancangan kerajaan untuk menubuhkan sekolah tahfiz yang memberi peluang pelajarnya mengikuti akademik serta kemahiran untuk membantu mereka mendapatkan sijil. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehingga kini ramai pelajar tahfiz sukar untuk mendapat pekerjaan selepas mereka tamat persekolahan kerana tidak mempunyai sebarang sijil akademik. “Sebelum ini Timbalan Perdana […]

612 pusat tahfiz berdaftar akan terima CCTV

PUTRAJAYA: Sejumlah 612 Pusat Maahad Tahfiz berdaftar di seluruh negara bakal menerima Kamera Litar Tertutup (CCTV) menerusi Yayasan Taqwa dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan dilakukan secara berperingkat seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Khas Sekolah Tahfiz, hari ini. Jelasnya, ini […]

400 institut tahfiz diseru mendaftar – TPM

PUTRAJAYA 15 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kira-kira 400 institut tahfiz yang tidak berdaftar untuk tampil membuat pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing demi kepentingan dan keselamatan anak-anak tahfiz. Timbalan Perdana Menteri berkata, statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan terdapat kira-kira 1,000 institut Maahad Tahfiz di negara ini berbanding senarai […]

Pelajar lepasan sekolah tahfiz ditawar lanjutkan pengajian tinggi di UiTM

SHAH ALAM 13 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka peluang kepada para pelajar lepasan sekolah tahfiz di seluruh negara untuk melanjutkan pengajian mereka diperingkat lebih tinggi di universiti itu. Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, usaha itu adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib […]

Kerajaan komited lahirkan 125,000 huffaz

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk melahirkan 125,000 huffaz menjelang 2050, yang bukan saja mampu menghafal al-Quran tetapi juga mahir dalam disiplin dan bidang ilmu profesional. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketika ini negara sudah pun mempunyai hampir 80,000 huffaz yang sedang melanjutkan dan sudah tamat pengajian. “Darul Quran Jabatan […]