Lebih 125,000 jemaah tunai umrah dalam fasa pertama

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan lebih 125,000 jemaah menunaikan umrah dalam fasa pertama selepas lebih enam bulan sekatan dikuatkuasakan berikutan penularan COVID-19. Kementerian turut mengesahkan, setakat ini, tiada jangkitan COVID-19 direkodkan dalam kalangan jemaah. “Fasa pertama tamat Sabtu lalu dan kami menerima lebih daripada 125,000 jemaah,” kata Ketua Perancang dan Strategi […]

Arab Saudi mula benarkan solat di Masjidil Haram

MAKKAH – Buat kali pertama selepas tujuh bulan, Arab Saudi membuka Masjidil Haram pada Ahad untuk ibadat solat selain memperluaskan ibadat umrah bagi menampung 15,000 jemaah susulan penurunan kes COVID-19 di negara itu. Warganegara dan penduduk di Arab Saudi yang memakai pelitup muka dibenarkan untuk bersolat di dalam Masjidil Haram dengan pelaksanaan langkah kesihatan yang […]

Malaysia, Arab Saudi tubuh jawatankuasa kukuh kerjasama

PUTRAJAYA  – Malaysia dan Arab Saudi telah bersetuju membentuk Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud akan menjadi pengerusi bersama jawatankuasa itu. Beliau berkata Malaysia dan Arab Saudi bersetuju bahawa […]

Jemaah Malaysia dijangka boleh tunai umrah paling awal Januari depan

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah umrah dari Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah itu di tanah suci paling awal pada Januari tahun depan. Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Malaysia yang akan tamat pada 31 Disember ini, yang memungkinkan […]

Permit baharu untuk jemaah umrah

JEDDAH – Beberapa permit baharu diperkenalkan dalam aplikasi Eatmarna untuk kegunaan jemaah umrah. Setiausaha Kementerian Haji dan Umrah merangkap penyelia aplikasi tersebut, Abdulrahman Shams berkata, antara permit baharu yang diperkenalkan termasuk kebenaran untuk menunaikan solat sebanyak sekali di dalam Masjidilharam, solat di Raudhah di Masjid an-Nabawi dan menziarah makam Nabi Muhammad SAW. Katanya, para jemaah […]

250,000 jemaah dibenarkan untuk umrah fasa kedua

RIYADH – Sebanyak 250,000 jemaah domestik akan dibenarkan menunaikan umrah pada fasa kedua sebagai sebahagian daripada lanjutan umrah dan lawatan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mulai Ahad ini. Para jemaah juga akan dibenarkan mengunjungi Rawdah Sharif dan kawasan masjid lama di Masjid Nabawi di Madinah mulai 18 Oktober dan seterusnya. Hani Al-Omairi, anggota Jawatankuasa […]

Lebih 500 petugas selia jemaah umrah

RIYADH – Lebih daripada 500 petugas dilatih untuk mengawal selia jemaah umrah, selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah itu yang sebelum ini disekat ekoran wabak COVID-19. Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais berkata, pihaknya mengambil seramai 531 orang petugas yang akan bekerja dalam tiga syif untuk menerima kehadiran […]

Jemaah umrah bebas Covid-19

RIYADH – Setakat ini tidak ada kes jangkitan koronavirus yang dilaporkan dalam kalangan jemaah umrah. “Pada hari keempat ziarah, kami menerima sekitar 24,000 jemaah, tidak ada yang menunjukkan gejala virus,” kata Jurucakap Ketua Umum Dua Masjid Suci dalam satu kenyataan yang memuji para jemaah kerana mengikut peraturan langkah-langkah pencegahan. Jurucakap itu memaklumkan Arab Saudi memfokuskan […]

Masjidil Haram kembali dibuka

Jeddah – Selepas lebih enam bulan sekatan ibadat umrah dikuatkuasakan berikutan penularan Covid-19, Masjidil Haram kembali dibuka dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama pada 4 Oktober. Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan apabila kumpulan jemaah ini dibenarkan masuk ke Masjidil Haram mulai jam 6 pagi selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna yang […]

Arab Saudi benarkan ibadat umrah mulai 4 Oktober ini

RIYADH – Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam. Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan. […]