Malaysia sedia benarkan jemaah tunai umrah, bergantung situasi semasa

PARIT – Tiada masalah untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah namun ia bergantung kepada situasi semasa penularan COVID-19 dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya menyambut baik segala keputusan yang bakal dilaksanakan Arab Saudi namun lebih mengutamakan kemaslahatan dan dari segi kesihatan. “Jadi, kalau […]

250 jemaah Malaysia akan dibawa keluar Arab Saudi segera

KUALA LUMPUR – Pihak pengendali ibadat umrah atau muassasah di Arab Saudi dan ejen umrah sedang berusaha untuk membawa keluar secepat mungkin kira-kira 250 jemaah Malaysia yang kebanyakannya masih berada di Makkah. BH difahamkan, jemaah diminta oleh ejen umrah masing-masing untuk bersedia pulang semula ke tanah air mengikut jadual penerbangan yang dijadualkan, termasuk bagi pemegang […]

Gabenor Madinah kaji langkah lindungi jemaah haji

RIYADH – Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman mengkaji langkah pencegahan untuk melindungi para jemaah ketika musim haji akan datang. Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Putera Faisal turut menekankan kepentingan tentang memperkasakan langkah untuk membendung penularan koronavirus (Covid-19). Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Haji di Madinah.. Putera Faisal menegaskan tentang keperluan untuk mematuhi […]

Keputusan Saudi gantung visa umrah kerana Covid-19 tidak perlu dipertikai

PETALING JAYA – Keputusan Arab Saudi menggantung sementara visa umrah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 tidak seharusnya dibantah mana-mana pihak kerana ia untuk kebaikan bersama, kata Mufti Pahang Abdul Rahman Osman. Abdul Rahman berkata, adalah lebih baik dan bermanfaat sekiranya jemaah dari Malaysia tidak menunaikan ibadah umrah buat seketika kerana wabak itu menjejaskan beberapa negara, […]

Gantung visa umrah tindakan tepat, selari hadis Rasulullah: Mufti

SHAH ALAM – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri memuji tindakan kerajaan Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran visa umrah sebagai usaha pencegahan berikutan penularan Covid-19. Menurut beliau, langkah itu tepat dengan hadis Nabi Muhammah SAW yang dibacakan oleh Abd al-Rahman Auf R.A kepada Saidina Umar R A berkenaan wabak. “Isu penggantungan sementara […]

Arab Saudi gantung kemasukan jemaah umrah

Riyadh – Arab Saudi menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan berkata, langkah itu susulan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) ke Timur Tengah. “Kerajaan menggantung kemasukan ke negara untuk jemaah mengerjakan umrah dan melawat Masjid Nabi untuk sementara waktu,” katanya. Kerajaannya […]

Arab Saudi mungkin benarkan wanita tunai haji tanpa mahram

JEDDAH – Golongan wanita mungkin dibenarkan untuk mengerjakan haji tanpa mahram, menurut laporan Arab News. Ketika ini, wanita di bawah usia 45 tahun yang berhasrat untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu perlu membawa mahram (penjaga lelaki) walaupun peraturan itu dilonggarkan untuk mereka yang berumur lebih 45 tahun. Bagaimanapun, Kementerian Haji dan Umrah sedang melakukan kajian […]

Agensi Umrah di nasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi

SHAH ALAM – Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah di negara ini, dinasihatkan bersedia dan berfikiran terbuka dalam menerima pelaksanaan e-visa (elektronik visa) oleh Kerajaan Arab Saudi yang bermula bulan ini. Presiden Persatuan Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ia kerana langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit […]

Visa palsu Haji dan Umrah : Syarikat dan ejen tidak berintegriti diberi amaran keras

BANGI – Syarikat serta ejen yang menjalankan sindiket penipuan dengan menawarkan visa palsu bagi pakej pelancongan haji dan umrah sekali lagi diberi amaran keras. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh berkata, setiap aduan yang diterima akan diteliti bagi mengenalpasti syarikat pengendali haji dan umrah yang tidak berintegriti. Beliau menambah, setakat […]

Arab Saudi mansuh yuran visa umrah berulang

JEDDAH – Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah diraja yang menstruktur semula visa lawatan, haji dan umrah ke negara pentadbiran diraja itu termasuk pembatalan yuran mengerjakan umrah berulang. Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Salih Bentin, mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman kerana mengeluarkan keputusan berkenaan. “Dekri diraja adalah […]