Umrah dulu, bayar kemudian

KUALA LUMPUR – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memperkenalkan pakej yang membolehkan ahlinya menunaikan umrah melalui skim potongan gaji. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pakej Umrah Kasih Sayang itu adalah perkhidmatan pinjaman yang memberi peluang untuk ahli ANGKASA menunaikan ibadat itu terlebih dulu tanpa perlu membayar kos penuh. Menurutnya, ahli akan membuat pinjaman […]

E-visa: Kelulusan visa umrah dalam 24 jam

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memperkenalkan sebuah platform khas yang akan digunakan untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik (e-visa). Saudi Gazette melaporkan, perkara itu diumumkan setiausaha khas kementerian berkenaan, Abdulaziz Wazzan. Kata beliau, pihaknya menjangkakan sejumlah 10 juta visa umrah akan dikeluarkan untuk musim baharu dengan kehadiran jemaah yang menggunakan e-visa bermula […]

Hati-hati upah badal haji terlalu murah

SHAH ALAM – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) menasihati umat Islam agar berhati-hati dengan tawaran upah badal haji yang meragukan. Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, tawaran caj perkhidmatan sehingga serendah RM1,200 hingga RM,2500 ketika ini boleh dipersoalkan kesahihannya. Ini kerana jelas beliau, kos bagi permit mengerjakan haji bagi mereka bermastatutin di […]

Arab Saudi keluarkan 7.6 juta visa umrah

MEKAH – Arab Saudi mengeluarkan sebanyak 7.65 juta visa umrah sejak awal Oktober lalu hingga 13 Jun ini. Menurut Kementerian Haji dan Umrah, sebanyak 7.39 juta jemaah sudah tiba di negara ini dan 6.8 juta lagi sudah pulang ke tanah air masing-masing selepas selesai menunaikan ibadah tersebut. Kementerian itu juga menjelaskan bahawa sebanyak 504,809 jemaah […]

Jemaah Malaysia puji program tetamu Raja Arab Saudi

MAKKAH – Rakyat Malaysia yang terpilih sebagai tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memuji penganjuran program itu kerana mereka bukan sahaja berpeluang menunaikan ibadat umrah malah mengeratkan silaturahim sesama peserta dari seluruh dunia. Program 10 hari itu, yang bermula pada 3 April lepas, disertai 225 jemaah dari 27 negara termasuk Malaysia, […]

Jangan malu mengaku ‘tak tahu’, imam masjid Nabawi beritahu agamawan

MADINAH: Imam dan khatib Masjid Nabawi, Sheikh Solah Muhammad Al-Budair mengingatkan agamawan dan ilmuwan agar tidak malu mengaku “tidak tahu” sekiranya mereka benar-benar tidak jelas mengenai sesuatu hukum agama ketika menyampaikan ilmu kepada masyarakat awam. Beliau berkata agamawan perlu meneladani keilmuan ulama mazhab tersohor Imam Malik yang tidak berasa janggal untuk mengaku tidak tahu apabila […]

11 jemaah kita terpilih jadi tetamu Arab Saudi

SEPANG – Sebelas rakyat Malaysia adalah antara 225 jemaah bertuah dari pelbagai yang terpilih menyertai program tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud bagi menunaikan ibadah umrah. Program diperkenal sejak 2015 itu disertai jemaah dari 27 negara termasuk Indonesia, Filipina, India, Bangladesh, China, Pakistan, Thailand, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Croatia, Slovenia, […]

Aplikasi e-papuh atasi penipuan umrah

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan dan Umrah (PAPUH) telah melancarkan aplikasi telefon bimbit e-papuh yang dimuat naik di Google Play Store sebagai salah satu mekanisme menangani isu penipuan jualan pakej umrah di kalangan umat Islam di Malaysia, pada masa depan. Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata ia perlu berikutan bilangan jemaah umrah yang […]

MOF nafi umrah hanya boleh melalui Tabung Haji

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) termasuk Menterinya, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan umrah melalui Tabung Haji sahaja. Kementerian itu dalam satu kenyataan turut menafikan mengeluarkan kenyataan menghalang agensi pelancongan bebas atau syarikat pelancongan swasta daripada menawarkan dan mengendali pakej-pakej umrah. “Tuduhan yang dilemparkan oleh […]

Arab Saudi keluarkan 2.7 juta visa umrah

JEDDAH – Visa umrah yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini sudah mencecah 2.7 juta. Arab News yang memetik data daripada Kementerian Haji dan Umrah melaporkan, daripada jumlah itu, seramai 2,346,429 jemaah sudah ber­ada di negara ini. Kira-kira 2.1 juta jemaah memasuki negara ini menerusi pengangkutan udara manakala selebihnya iaitu 213,121 jemaah menerusi […]