Musaadah Covid 19 YADIM Johor dengan WITUS

BATU PAHAT – Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal (WITUS) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 19 November telah bekerjasama menyantuni komuniti ibu tunggal di sekitar daerah ini. Sebanyak 100 set barangan keperluan harian diedarkan kepada ahli WITUS dalam program ini. Turut menerima sumbangan ialah asnaf yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini. Pengerusi WITUS, […]

250 Asnaf Kampung Semanyir terima sumbangan YADIM Johor

MERSING – Seramai 250 asnaf dari Kampung Semanyir di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 7 November. Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam program Musa’adah Covid-19 di Sekolah Rendah Integrasi Islam (Sriti) Annur di sini. Hadir […]

Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas

KEMPAS – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor pada 15 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Program Kewanitaan Peringkat DUN Kempas. Program yang diadakan di Balairaya Jawatankuasa Penerangan Mukim-Mukim Persiaran Bukit Kempas di sini, dihadiri seramai 50 peserta dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan […]

YADIM kendali sesi moral pelajar baharu UTM Skudai

JOHOR BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Sesi Moral Minggu Mesra Mahasiswa 2020 untuk pelajar kemasukan 2020/2021 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini. Sesi tersebut adalah untuk pelajar bukan Islam UTM,  dijalankan secara dalam talian selama dua hari pada 11 dan 12 Oktober, dikendalikan oleh penceramah YADIM Johor, […]

YADIM Johor santuni penghuni CCH Tangkak

TANGKAK – Seramai 60 penghuni Caring Community House (CCH)  di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor menerusi Program Bina Insan pada 8 Oktober. Program dalam Bulan Dakwah ini bertujuan memberi ilmu dan pendedahan kepada para pelatih di pusat ini. Ia juga untuk memberi motivasi kepada pelatih untuk berubah dan melakukan sesuatu perkara dengan […]

YADIM di Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Negeri Johor

KULAI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor turut menyertai Hari Terbuka Hal Ehwal Agama Islam Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Raya Putra, di sini. Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Haji Hasni Mohammad itu bertujuan untuk mendekatkan rakyat dengan jabatan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di negeri […]

200 asnaf Tangkak terima sumbangan

TANGKAK – Seramai 200 asnaf di kawasan ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program YADIM Peduli Cuci Cuci dan Musa’adah Pasca Covid 19 Negeri Johor di sini pada 8 Ogos. Bertempat di Madrasah Tahfiz Al Fath di sini, program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor, […]

100 keluarga mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor

PARIT SULONG – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menyantuni seramai 100 keluarga mangsa bencana terbabit pada 28 Jun. Dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Parit Sulong, YADIM Johor menyampaikan bungkusan makanan kering kepada keluarga mangsa yang terbabit. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong merangkap […]

465 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor Siri Dua

JOHOR BAHRU – Seramai 465 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM Siri 2 pada 3-5 Mei. Ini menjadikan jumlah penerima manfaat program Musa’adah Covid-19 YADIM Johor, sejak dimulakan pada 20 April lalu seramai 815 keluarga. Siri kedua program kali ini, diadakan dengan kerjasama badan – badan […]

350 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 350 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM pada 20 April. Program yang diadakan dengan kerjasama badan – badan bukan kerajaan (NGO) itu diadakan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 di bandar raya ini, Pasir Gudang dan Kulai, khususnya dari kalangan […]