545 mangsa banjir terima sumbangan YADIM Johor.

SEGAMAT – Seramai 545 keluarga mangsa banjir pada Disember lalu di daerah ini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 7 Disember bagi meringankan beban mereka. Ia merupakan sebahagian usaha YADIM Johor menyantuni mereka yang memerlukan menerusi usaha turun padang badan dakwah ini. Setiap keluarga asnaf yang terpilih ini menerima barangan keperluan […]

Sumbangan pasca banjir Johor

SEGAMAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor akan meneruskan program bantuan pasca banjirnya di negeri ini ke daerah ini pula. Seramai 545 keluarga mangsa banjir di daerah ini pada Disember lalu, akan menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Sumbangan disampaikan termasuklah kepada keluarga mangsa bukan Muslim di daerah ini. Majlis akan […]

Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’

RENGIT – Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Mulia Rengit di sini, seramai 120 pelajar sekolah ini telah menyertai program Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’ pada 18 Februari. Disampaikan oleh Daie Daie Azamuddin Zainal, ia bertujuan membina sahsiah jati diri ke arah yang lebih baik serta sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang positif. Program […]

YADIM Johor santuni asnaf Parit Yaani

BATU PAHAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 31 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Parit Yaani di sini. Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam program Ziarah Asnaf. Hadir sama ialah […]

Sumbangan mangsa pasca banjir Mersing

ENDAU – Meskipun banjir semakin reda, namun mangsa bencana alam itu tetap memerlukan perhatian dan pembelaan pihak beranggungjawab. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 30 Disember telah menyampaikan sumbangan barangan dapur untuk meringankan beban mangsa pasca banjir bagi kawasan di sekitar Mersing. Seramai 50 keluarga asnaf dari Kampung Sungai Padang, […]

Program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam dalam Bahasa Mandarin

JOHOR BAHRU – Peranan saudara baharu adalah sangat penting dalam membantu menyebarkan Islam di negara ini. Tidak dinafikan, mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membantu mencapai tujuan tersebut. Menyedari hakikat ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 21 hingga 22 Disember lalu telah mengadakan program Bicara Dakwah : Seminar Penghayatan Islam di sini. Program […]

Ziarah Rahmah mangsa banjir Kota Tinggi

SEDELI – Menyedari mangsa banjir amat memerlukan pembelaan, terutamanya menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Sayang di sini. Program khidmat bakti pada 24 Disember ini diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, HALUAN Negeri Johor. Sebanyak 30 rumah mangsa pasca banjir dikunjungi YADIM Johor, […]