YADIM Kedah, rakan strategik santuni komuniti Kuala Kedah

KUALA KEDAH – Parlimen ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Bersama rakan badan bukan kerajaan seperti Surau Al Muhsinin Petronas KLCC, Pertubuhan Assalam Kuala Kedah, Muslim Care Malaysia, Pertubuhan Prihatin Kuala Kedah dan Sukarelawan YADIM Kuala Kedah, mereka menyantuni penduduk dari kalangan B40, asnaf dan yang terputus […]

“Makcik takdak wasap, tak gheti antaq lokasi.”

SUNGAI LAYAR – Puan Rosla Abd. Hamid, 64 tahun menghubungi Telebantuan YADIM untuk mengharapkan sedikit bantuan untuknya baru baru ini. Ibu tunggal warga emas ini mempunyai 6 orang anak. Ketika ini, dia tidak mampu bekerja lagi disebabkan factor usia selain menderita sakit di bahagian lutut. Pada 11 Julai kakitangan  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah […]

Sumbangan pemohon TeleBantuan, golongan memerlukan di Yan

YAN – Apabila Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melancarkan TeleBantuan YADIM baru baru ini, YADIM Kedah menerima banyak permohonan daripada pelbagai pihak untuk membantu mereka yang memerlukan. Bertindak balas daripada permohonan tersebut, YADIM Kedah pada 10 Julai menyampaikan bantuan kepada 10 pemohon di daerah ini.  Mereka ini ialah antara yang membuat permohonan pada minggu ini. […]

SAY Sungai Petani ceriakan 20 penduduk Kampung Olak Madu, Pantai Perai dan Padang Mahligai

SIDAM – Pada 10 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani telah menyantuni 20 keluarga dari golongan asnaf, ibu tunggal dan lain lain yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.   Mereka yang terdiri daripada penduduk Kampung Pantai Perai, Kampung Olak Madu dan Padang Mahligai menerima bakul makanan yang disampaikan oleh […]

YADIM Kedah santuni petugas PPV, Guru Pondok, Pemandu Teksi dan Asnaf di Sik

SIK – Seramai 124 petugas Pusat Pemberian Vaksin di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Julai menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ia sebagai menghargai penat lelah mereka yang kekal tabah bertugas di saat keadaan Covid-19 negara yang meruncing. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah […]

YADIM Kedah santuni petugas PPV, Guru Pondok, Pemandu Teksi dan Asnaf di Sik

SIK – Seramai 124 petugas Pusat Pemberian Vaksin di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Julai menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ia sebagai menghargai penat lelah mereka yang kekal tabah bertugas di saat keadaan Covid-19 negara yang meruncing. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah […]

20 keluarga terima sumbangan SAY Sungai Petani

PADANG SALIM – Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang kini masih dikuatkuasakan menyebabkan semakin masyarakat perlu dibantu. Peka dengan keadaan tersebut, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani pada 8 Julai menyantuni seramai 20 keluarga sekitar kawasan ini dengan menyalurkan barangan  keperluan dapur. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun. Turut bersama […]

Musaádah di Madrasah Manabiul Ulum

JERLUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program musa’adah bertempat di Madrasah Manabiul Ulum, Pondok Telaga Batu, Jerlun di sini pada 7 Julai. Seramai 20 penghuni pondok disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hitam, Yang Berhormat Cikgu Azhar Ibrahim dan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz […]

YADIM Kedah santuni asnaf Bukit Pinang

BUKIT PINANG – Selepas selesai program musa’adah di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, pasukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah kemudianyya bergerak kawsan ini menyantuni mereka yang memerlukan. Seramai tujuh keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dalam ziarah pada 6 Julai. Selain Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, hadir sama ialah […]

Kit Ibadah untuk Hospital Sultanah Bahiyah

ALOR SETAR – Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini menerima sumbangan Kit Ibadah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dan rakan rakan kerjasamanya pada 6 Julai. Antara rakan kerjasama yang terlibat ialah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kedah, Skuad Prihatin Kedah, Al Faizin Care serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri […]