Keluarga ‘tinggal’ dalam kereta dibantu YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah sebuah keluarga yang tinggal di dalam kereta kerana dihalau oleh penyewa rumah yang sebelum ini didiaminya. Ia bermula apabila seorang pelayar membuat perkongsian kisah keluarga terbabit sebelum ia ditularkan netizen. Pada 5 Julai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni keluarga ini […]

30 pek barangan keperluan harian untuk penduduk Padang Serai

PADANG SERAI – Seramai 30 keluarga dari beberapa kampung di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 2 Julai. Mereka terdiri daripada keluarga mualaf, pesakit kronik, warga emas dan keluarga ibu tunggal dari  Kampung Belakang Taman Sang Kancil, Perumahan Awam Lunas, Kampung Batu 6, Kampung Sungai Seluang dan […]

SAY Sungai petani santuni penduduk Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dalam fasa 1 menyebabkan ramai pihak semakin memerlukan. Cakna dengan situasi itu, pada 1 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)  Sungai Petani telah menyantuni 30 penduduk dari Kampung Hutan Gelam, Padang Binjai, Permatang Merbau dan Pulau Sayak di sini. Mereka yang terdiri daripada asnaf, pesakit terlantar, […]

Musaádah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

KULIM – Beberapa hari lalu, Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas, Yang Berhormat Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali telah menghubungi Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria  untuk berbincang berkaitan bantuan untuk Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Institusi pengajian tinggi ini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan […]

Musaádah YADIM Kedah di Kampung Lanai

BALING – Bertempat di Kampung Lanai di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malayaia (YADIM) Kedah pada 26 Jun telah mengadakan program Musaádah Covid-19 dengan kerjasama Masjid Intan Safizah dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Lanai. Program bermula dengan pemberian sumbangan di perkarangan masjid kepada seramai 30 penerima yang terkesan dengan  Covid-19 dan asnaf.  Mereka kebanyakannya terdiri […]

Sumbangan untuk komuniti memerlukan Gurun oleh YADIM Kedah

KUALA MUDA – Setelah selesai program di Pendang pada 25 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan acara menyantuni rakyat di sini pula. Bersama Sukarelawan YADIM (SAY)  Jerai, Group Sedekah Raudatul Jannah dan Pertubuhan Kebajikan Al Faizin (Faizin Care) sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan disampaikan kepada 30 keluarga di Kampung Kilang Ketapang, Kampung Baru […]

Musaádah YADIM Kedah di Pendang

PENDANG – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Pendang, sebanyak 30 keluarga di lapan kampung di daerah ini menerima sumbangan barangan keperluan harian, pelitup muka dan lampin pakai buang pada 25 Jun. Mereka terdiri daripada warga emas, pesakit strok, mangsa ribut, ibu […]

Musaádah YADIM 3.0 santuni imam, guru agama, guru pondok dan pendakwah Kuala Nerang

SEKITAR program menyantuni imam, guru agama, guru pondok dan pendakwah Kuala Nerang pada 22 Jun dalam program Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 3.0 pada 22 Jun. Seramai 30 set sumbangan disediakan bagi menyantuni golongan ini yang turut terkesan dengan penularan Covid-19. Hadir ke program ini ialah  Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang,  Yang Berhormat […]

Musaádah YADIM Kedah untuk warga UUM

SINTOK – Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan hingga 26 Jun menyebabkan ramai pelajar dan kakitangannya terkesan dengan situasi tersebut. Cakna dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah beberapa rakan badan bukan kerajaan (NGO) pada 22 Jun telah menyampaikan sumbangan yang membawa manfaat kepada lebih 100 […]

Musa’adah 3.0 di Alor Mengkudu

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan siri inisiatif membantu rakyat di negeri ini pada 21 Jun. Kali ini program Musaádah YADIM 3.0 ini diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu di sini. Seramai 30 orang penerima terdiri daripada golongan B40, warga emas, ibu tunggal dan pesakit kronik menerima sumbangan yang […]