YADIM Peduli Di Bandar Baharu

BANDAR BAHARU – Seramai 20 penduduk dari dua kampung di sini menerima sumbangan program Bantuan Ramadan/ Aidilfitri YADIM dan CIMB Islamic pada 29 Mei. Mereka merupakan asnaf dan golongan B40 di Kampung Sungai Salleh dan Kampung KEDA Sungai Salleh, Serdang di sini. Sumbangan ini merupakan inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic menyantuni […]

YADIM Peduli: Ziarah Prihatin di Gurun

GURUN – Dengan penularan Covid-19 yang semakin meningkat, ramai golongan B40 dan asnaf memerlukan pembelaan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus cakna dengan situasi ini, justeru pada 24 Mei telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Prihatin di sekitar daerah ini. Ia diadakan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid As Syakirin, Guar Stesen dan Sukarelawan YADIM […]

SAY Sungai Petani Agih 100 Pek Juadah Berbuka

SUNGAI PETANI – Meskipun hujan lebat menimpa lokasi program, namun Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani tetap bersemangat menyedia dan memasak juadah untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan di sini pada 8 Mei. Sebanyak 100 set nasi ayam, kurma dan air kotak disedia untuk diagihkan kepada kepada petugas sekatan jalanraya, pengawal keselamatan dan […]

YADIM Peduli dan Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Umar Abd Aziz

AYER HITAM – Usaha berterusan dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dalam menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 8 Mei, mereka telah menganjurkan program YADIM Peduli dan Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Umar Abd Aziz, di Telaga Batu di sini. Seramai 30 orang penerima terdiri daripada  asnaf dan warga emas menerima […]

Bicara Agama Tazkirah Ramadan Kampung Kodiang Lama

KODIANG – Satu program bicara Tazkirah Ramadan bertajuk Pengajaran dari Peperangan Ain Jalut di telah dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di Masjid Sirajiah, Kampung Kodiang Lama di sini pada 7 Mei. Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyampaikan ceramah tersebut kepada kira kira 20 jemaah yang hadir. Selepas solat Jumaat pula, […]

Bicara Agama Tazkirah Ramadan Kampung Kodiang Lama

KODIANG – Satu program bicara Tazkirah Ramadan bertajuk Pengajaran dari Peperangan Ain Jalut di telah dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di Masjid Sirajiah, Kampung Kodiang Lama di sini pada 7 Mei. Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyampaikan ceramah tersebut kepada kira kira 20 jemaah yang hadir. Selepas solat Jumaat pula, […]

Sumbangan Khas Prihatin PKP Covid-19 Parlimen Jerai

JERAI – Covid-19 masih berada di sekeliling kita dan belum menunjukkan tanda reda. Malah di negeri ini, kerajaan kini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima daerah bagi membendung penularan wabak ini. Pelaksanaan PKP sudah tentu memberi kesan yang bukan sedikit kepada orang ramai, lebih lebih lagi asnaf dan golongan B40. Cakna dengan situasi tersebut […]

Bubur lambuk untuk warga Yan

SUNGAI YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Darul Ikhlas Gurun telah bergotong-royong memasak bubuk lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai pada 1 Mei. Program di pasar Sungai Yan ini disertai oleh 15 ahli Pertubuhan Darul Ikhlas, kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Jerai dan beberapa sukarelawan badan bukan kerajaan. Seawal jam 2 […]

IRSYAD 360: YADIM Kedah Santuni Gelandangan

ALOR SETAR – Nasib gelandangan di negeri ini tidak pernah dilupakan badan bertanggungjawab seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Pada 28 April, bersama rakan badan bukan kerajaan antaranya Hidayah Centre Foundation, Majlis Dakwah Negara, Dhuafa Sejahtera, Persatuan Cina Muslim Malaysia, IBS dan Rakan Siswa YADIM UniSHAMS, YADIM Kedah mengambil inisiatif menyantuni 40  gelandangan di Shahab […]

IRSYAD 360 YADIM Kedah di Kubang Pasu

JITRA – Program Ihya’ Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) terus dijayakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah. Terbaharu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Asrama Akhlak Perempuan Jitra, satu program diadakan pada 28 April bertujuan menyantuni penghuni pusat berkenaan. Ia dimulakan dengan slot Bicara Dakwah yang disampaikan oleh Da’i Humaira, Dai Pendakwah Milenia TV3. Program diakhiri […]