Cuci Cuci, Ziarah asnaf YADIM Kedah di Baling

KAMPUNG SELARONG – Seramai 20 orang Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 10 oktober telah mengadakan program Cuci Cuci di Masjid Al Halimi di sini. Seawal pagi, bersama kakitangan YADIM dan penduduk kampung ini, kawasan luar dan dalam masjid telah dibersihkan secara bergotong rotong. Program ini mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Baling, […]

YADIM Bersamamu di AADK Kuala Muda

KUALA MUDA – Seramai 40 Orang Kena Pengawasan di Pusat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini menyertai program motivasi kerohanian anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Program YADIM Bersamamu selama dua jam bermula pukul 9.15 pagi ini menampilkan pakar motivasi dari Ultimate Success Consultancy, Ustaz Rosmanizam Rosdi yang memberikan ceramah bertajuk “Sempurnakah Solatku”. […]

Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan

JERAI – Pejabat Agama Daerah Yan, dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 9 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan. Dengan objektif memberi pendedahan terhadap program baru yang boleh dilaksanakan untuk memberi impak kepada usaha dakwah, program sehari ini telah diadakan di […]

Musa’adah Covid-19 di Pulau Tuba

LANGKAWI – Umum mengenali Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan, namun Pulau Tuba yang terletak hampir dengannya kurang diberi pendedahan. Menyedari terdapat kewajipan melaksanakan tanggungjawab dakwah di pulau berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Ogos telah melaksanakan Program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19. Program ini diadakan dengan kerjasama Koperasi Bestuba, yang beroperasi di […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Kedah di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 26 Julai lalu telah melaksanakan program Musa’adah Covid-19 untuk komuniti ini dan kawasan sekitarnya. Selain menyantuni seramai 20 keluarga miskin, turut diadakan ialah aktiviti pemakaian vest dan penyampaian watikah kepada 3 pengerusi SAR kawasan iaitu  Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai. Program kemudiannya bersambung keesokannya […]

Mentor Mentee keagamaan AADK – YADIM Kedah

KUALA MUDA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah telah bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bagi penganjuran sebuah program keagamaan untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) di sini pada 28 Jun. Seramai 18 OKP dari sekitar daerah ini telah terlibat dengan program berkenaan yang diadakan di Surau AADK Kuala Muda di sini. Ceramah […]

Temui YADIM Kedah di rancangan Sentuhan Dhuha

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah merancang memperluaskan usaha dakwahnya menerusi penampilan di radio. Usaha ke arah itu dimulakan menerusi satu pertemuan dengan Jabatan Penerangan Kedah di Wisma Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini pada 18 Jun. Mewakili YADIM Kedah dalam pertemuan itu ialah Pengarahnya, Hafsah Husain manakala RTM diwakili oleh Ketua […]

Musa’adah Covid-19 di Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Inisiatif membantu golongan yang terkesan dengan wabak Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Jun di Kampung Sungai Buluh, Kepala Kerbau di sini. Seramai 20 keluarga termasuk bukan Islam di kawasan berkenaan menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Majoriti penduduk di sini merupakan peniaga kecil […]

Tukang gunting rambut disantuni YADIM Kedah

ALOR SETAR – Tukang gunting adalah antara golongan yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu kerana punca pendapatan yang terputus akibat tidak dapat melakukan perniagaan. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 3 Jun menerusi Program Musa’adah Covid-19, YADIM Peduli telah menyantuni golongan berkenaan. Dalam satu […]

YADIM Kedah santuni Sekolah Agama Zubaidah

MERBOK – Inisiatif turun padang membantu rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 18 Mei diadakan di Parlimen ini. Lokasi pertama program ialah di Sekolah Agama Zubaidiah dengan 20 pek disampaikan kepada guru dan pekerja am. Para penerima amat memerlukan sumbangan memandangkan sekolah bergantung kepada bayaran bulanan daripada pelajar. […]