Bicara Dakwah sempena Aidiladha

BEDONG – Bertempat di Surau Ar Rahman di sini, YADIM Kedah telah mengadakan program ceramah kepada penduduk setempat pada 3 Julai. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Mohd Asyraf Naim Mohd Yusof. Anjuran bersama dengan Surau Ar Rahman, program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Surau, Ustaz Azhar Norizan Hassan dan Penyelaras Masjid Pejabat Agama […]

Townhall Dakwah masyarakat majmuk dalam IPT Negeri Kedah

SUNGAI PETANI – Program Dakwah Masyarakat Majmuk telah berlangsung pada 1 Julai 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia, di sini anjuran YADIM Kedah. Program dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) negeri Kedah ini dirasmikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Turut bersama Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam […]

Kem Kepimpinan Pelajar di Paya Pahlawan

JITRA – YADIM Kedah dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan Negeri Kedah dan badan bukan kerajaan Nusrah Care telah mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar pada 2 hingga 4 Jun lalu. Program yang bertujuan untuk mengukuhkan jati diri serta melengkapkan ilmu kepimpinan ini telah diadakan di Kem Paya Pahlawan di sini dan telah menarik penyertaan seramai 65 orang […]

Tahsin Ibadah Sembelihan YADIM Kedah di Kampung Komoi

SUNGAI PETANI – Penyampaian dakwah bukan semata mata dengan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, namun sebaiknya ia juga diisi dengan ilmu sebagai panduan hidup. Langkah inilah yang dilaksanakan YADIM dalam melestari gerakan dakwah. Sesuai dengan itu, YADIM Kedah pada 28 Mei telah mengadakan program YADIM Interaktif – Tahsin Ibadah Sembelihan kepada belia dan penduduk sekitar […]

Agihan juadh sahur untuk frontliners

WALAUPUN Ramadan kini memasuki hari hari terakhirnya, YADIM Kedah tidak berhenti melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat. Pada 27 dan 28 April, mereka menyampaikan juadah sahur kepada pelbagai anggota barisan hadapan di negeri ini seperti Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Askar Wataniah serta anggota Pertahanan Awam. Tidak ketinggalan disantuni ialah pegawai dan kakitangan Pejabat […]

Ceramah motivasi SMA Al Khairiah

PADANG TERAP – Semangat dan motivasi untuk terus berjaya perlu sentiasa ada dalam diri pelajar walaupun berada dalam bulan Ramadan yang penuh dengan ujian lapar dan dahaga. Sehubungan dengan itu, YADIM Negeri Kedah telah mengadakan Ceramah Motivasi berjaya YADIM Kedah di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Pedu, di sini pada 25 April 2022. Ceramah motivasi […]

YADIM Kedah bersama gabungan NGO negeri Kedah raikan mualaf sempena IRSYAD 360′

KUBANG PASU – Seramai 32 mualaf dari Changloon, Jitra dan Alor Setar diraikan dalam majlis berbuka puasa di sini hari ini. Program anjuran bersama gabungan sahabat baan bukan kerajaan negeri Kedah antaranya Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kubang Pasu, Dhuafa’ Sejahtera, Malaysian Indian Reverted Muslims Association (MIRA) negeri Kedah, Majlis […]

RSY Kedah santuni asnaf, kelas solat dan dakwah jalanan.

SUNGAI PETANI – Program terkini Rakan Siswa YADIM Hidupkan Ramadan (RHR) berlangsung pada 21 hingga 23 April di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya di sini. Ia telah berjaya menyantuni 20 keluarga asnaf menerusi sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, bihun dan tin susu adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai termasuklah syarikat Mudim […]

YADIM Kedah dan SAY Sungai Petani hidupkan Ramadan

SUNGAI PETANI – YADIM Kedah terus menghidupkan bulan Ramadan yang mulia dengan menganjurkan Tazkirah Nuzul Al Quran dan Iftor Jamaie bertempat di Bilik Gerakan Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani. Selepas majlis iftor, diadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna kepada pemenang dan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak sukarelawan YADIM yang hadir. Program yang dianjurkan bersama […]

Ceramah Badar Kubro dan Iftor Jamaie di UniSHAMS

KUALA KETIL – YADIM Kedah terus menghidupkan Bulan Ramadan yang mulia dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat di seluruh negeri ini. Terbaharu pada 21 April bersamaan 19 Ramadan telah diadakan Ceramah Badar Al Kubro di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di sini. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah hadir menyampaikan […]