Ziarah Asnaf Di Tanah Merah

TANAH MERAH – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 24 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)Tanah Merah. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Panau, Kampung Padang Bongor, Kampung Jelatok, Kampung Sat dan Kampung Manal di sini. Sebanyak 15 keluarga telah disantuni terdiri daripada pesakit kronik […]

Barakah Sahur Bersama Pengawal Keselamatan Hospital Raja Perempuan Zainab 2

KOTA BHARU – Peranan pengawal keselamatan jangan dipandang ringan. Tidak semua mampu menggalas tugas dan tanggungjawab mereka. Bagi menghargai golongan ini, dan bersempena dengan program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menyantuni pengawal keselamatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di sini dengan menyediakan juadah untuk bersahur. Juadah […]

YADIM Kelantan Santuni Petugas Di Sekatan Jalan Raya

KOTA BHARU – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berkuatkuasa di negeri ini, sudah tentu tanggungjawab dan tugas petugas barisan hadapan bertambah. Bagi menyantuni mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 22 April telah berkunjung dan menyampaikan sedikit sumbangan juadah berbuka puasa (iftar) untuk mereka di enam sekatan jalan raya. Enam sekatan jalan raya […]

SAY Rantau Panjang teruskan santuni asnaf

RANTAU PANJANG – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 20 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Rantau Panjang. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Saji dan Kampung Kuen Merah di sini. Sebanyak lima keluarga asnaf di kawasan ini disantuni mereka. Bantuan berupa barangan keperluan harian […]

SAY Jeli santuni asnaf

JELI – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 19 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Jeli. Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Bukit Berangan dan Air Lanas di sini. Sebanyak empat keluarga telah disantuni. Mereka terdiri daripada pesakit kronik dan golongan miskin tegar. Bantuan barangan keperluan […]

SAY Bachok santuni asnaf

BACHOK -Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 19 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY). Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Tanjong,  Kampung Aur,  Kampung Kandis dan Kampung Telong. Sebanyak sepuluh keluarga telah disantuni. Mereka terdiri daripada pesakit kronik dan miskin tegar. Bantuan berupa barangan keperluan harian […]

Wanita alami penyakit saluran makanan sempit terima bantuan YADIM Kelantan.

KUBANG KERIAN – Selain ziarah asnaf lumpuh di Kota Bharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan juga menyantuni seorang lagi asnaf yang memerlukan di Kampung Bunut Payung di sini pada 17 Januari. Zarina Salleh, 56 tahun kini menumpang di rumah ibunya.Wanita ini mengalami penyakit saluran makanan yang terlalu sempit. Akibatnya, ibu kepada tiga orang anak […]

Lelaki lumpuh tinggal dalam timbunan sampah dibantu YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Lumpuh sebelah kiri badan dan terpaksa hidup dalam timbunan sampah. Demikian kisah hidup Mohd Wardi Mustafa, 57, di sini yang terpaksa menjalani kehidupan berkenaan sejak lapan tahun lalu. Menurut bekas mekanik ini,  hidupnya berubah selepas ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke Rantau Panjang ketika itu. Sejak daripada itu Mohd Wardi mengalami kesukaran […]

SAY Kuala Krai santuni asnaf

KUALA KRAI – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 16 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia  (SAY) Kuala Krai dengan menziarahi asnaf  di sekitar jajahan ini. Sebanyak 15 keluarga disantuni terdiri daripada ibu tunggal, pesakit kronik dan pendudukmiskin tegar. Sumbangan berupa barangan keperluan harian telah diserahkan oleh Ketua […]

10 keluarga sekitar Kota Bharu disantuni Sukarelawan YADIM

KOTA BHARU – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 14 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kota Bharu. Mereka telah menziarahi asnaf  di sekitar Bandar Kota Bharu, Kampung Tiong dan Kampung Mulong di sini. Sebanyak sepuluh keluarga telah disantuni. Mereka menerima bantuan berupa barangan keperluan harian yang […]