YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan SK Seligi

PASIR PUTEH – Pendidikan tidak pernah dilupakan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah oleh YADIM Kelantan Bagi mencapai hasrat berkenaan, maka dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Seligi, Pasir Puteh telah diadakan program YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan pada 7 Jun. Seramai 160 ibu bapa  menyertai program ini yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa […]

Aidilfitri Bersama YADIM Kelantan terima sambutan luar biasa

KOTA BHARU – LEBIH 200 hadirin memenuhi program Aidilfitri Bersama YADIM anjuran YADIM Kelantan pada 20 Mei, melebihi jangkaan awal kehadiran peserta. Mereka terdiri daripada wakil Rakan Siswa YADIM (RSY), badan bukan kerajaan, wakil Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Kelantan, Sukarelawan YADIM (SAY) dan agensi agensi kerajaan. Malah program turut dihadiri oleh ejen dakwah YADIM […]

KOMUNITI Orang Asli di Kelantan turut diraikan dalam kemeriahan Syawal. Sesuai dengan itu, satu majlis jamuan bersempena Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan di Kampung Orang Asli Aring 5, Gua Musang. Majlis ini merupakan kerjasama antara YADIM Kelantan dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Kelantan. Seramai […]

YADIM Kelantan santuni anggota keluarga SAY

BERAT Mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan tidak dapat menguruskan diri, Mohd Nazrul 34 tahun dari Bachok, Kelantan kini hanya mengharapkan isteri yang tidak bekerja untuk menguruskan dirinya serta keluarga. Beliau yang menyara pendapatan dengan memanjat pokok kelapa telah terjatuh ketika memetik buah kelapa muda tiga hari sebelum Aidilfitri lalu. Beliau dan […]

Motivasi Sekolah Kebangsaan Slow

HANYA Menerusi pendidikan kita mampu menjadikan masa depan yang lebih baik. Walaupun jauh di pendalaman, namun mereka tidak pernah dilupakan. Pada 10 Mei, dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) jajahan Kuala Krai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Slow Temiang , YADIM Kelantan telah menganjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah tersebut. Ia bertujuan memberikan bimbingan kepada para pelajar […]

Melestari Komuniti Rahmah Kampung Kuala Tiga

TANAH MERAH – Satu program pelbagai komuniti disantuni. Bagi memupuk perpaduan dan semangat gotong royong di kalangan komuniti setempat, YADIM Kelantan bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Tiga mengadakan program Melestari Komuniti Rahmah  di Padang Bola dan Dewan Komuniti Kampung Kuala Tiga  pada 28 Februari. Inisiatif memupuk […]

Motivasi Keibubapaan di SK Kelar

PASIR MAS – Jalan Dakwah YADIM Kelantan bukanlah berfokus kepada ceramah agama semata mata. Bidang pendidikan juga dititik beratkan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negeri tersebut. Bagi mencapai hasrat berkenaan, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK)  Kelar dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas  di sini, telah diadakan program YADIM Kolaboratif: Motivasi Keibubapaan pada […]

Hari Apresiasi SK Chicha Tinggi

PASIR MAS – Pada 13 Februari, YADIM telah dijemput terlibat sama dengan Hari Apresiasi Sekolah Kebangsaan Chica Tinggi, di sini. Seramai 200 ibu bapa dan pelajar telah menghadiri progam ini yang diadakan di Dewan Al Farabi sekolah berkenaan. Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang telah menyempurnakan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar cemerlang. […]

Street Dakwah Pantai Sri Tujuh

MEMANAH Kini merupakan antara sukan yang mempunyai penggemar yang ramai di negara dan semakin berkembang. Mengambil kesempatan itu, YADIM Kelantan pada 11 Februari telah menganjurkan program Street Dakwah di Pantai Sri Tujuh, Tumpat dengan memanah sebagai tarikan utamanya. Ia ternyata menarik perhatian kira kira 50 pengunjung pantai tersebut apatah lagi ia diadakan secara percuma. Bukan […]

Ziarah Asnaf di Kampung Kajang Sebidang

TUMPAT – Meskipun tidak jelas terucap, namun dari tutur bahasa dan riak wajah, jelas mereka amat terharu dengan sumbangan yang diterima. Begitu ceria reaksi mereka apabila diajak berbicara. Tidak putus putus bercerita dengan rombongan tetamu yang hadir. Dengan kedudukan kediaman yang terpencil dan jauh dari jalan utama kampung, mereka tidak menyangka ada yang mahu datang […]