Motivasi Keibubapaan warga SK Sultan Ismail 3

KOTA BHARU – Ibu bapalah yang mencorak hidup anak-anak sama ada mahukan hitam atau putih. Setiap anak-anak perlukan tunjuk ajar yang baik dan murni, namun bagaimanakah hasrat itu mahu tercapai jika ibu bapa sendiri tidak mahu menambah ilmu keibubapaan demi melahirkan anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Bagi merealisasikan matlamat melahirkan Keluarga Sakinah, YADIM Kelantan […]

YADIM Kader Dakwah : Rakan Remaja YADIM SMK Beris Panchor (2)

BACHOK – Inisiatif Dakwah yang berkesan seharusnya dijalankan secara berterusan, bukannya sekadar Touch & Go semata mata. Inilah yang dilakukan YADIM Kelantan menerusi program YADIM Kader Dakwah : Rakan Remaja YADIM pada 17 November. Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor (2), di sini seramai 45 pelajar yang merupakan bekas peserta program Transformasi Orang Muda […]

Bowling Persahabatan SAY Negeri Kelantan

KOTA BHARU – Sukan kini bukan lagi sekadar aktiviti riadah, sebaliknya kini merupakan salah satu medium berkesan menyebarkan dakwah dan merapatkan ukhwah. Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Kelantan telah mengadakan pertandingan bowling persahabatan antara pasukan-pasukan Sukarelawan YADIM (SAY) negeri ini pada 14 November. Seramai 50 ahli SAY dari jajahan Kota Bharu, Machang, Tumpat, Tanah Merah, […]

YADIM Interaktif: Majlis Temu Mata Ibubapa SMK Putera

KOTA BHARU – Jalan Dakwah YADIM Kelantan bukanlah semata mata berfokus kepada ceramah agama. Bidang pendidikan juga dititik beratkan sebagai salah satu usaha melestari gerakan dakwah di negeri tersebut. Bagi mencapai hasrat berkenaan, maka dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera di Wakaf Mek Zainab di sini, telah diadakan program […]

Ziarah Kasih pesakit kronik bersama Sukarelawan YADIM Machang

MACHANG – Bukan kecil pengorbanan Mohd Khairul Azhar Ahmad. Dia meninggalkan keluarganya di Perlis untuk menjaga ibunya yang kini terlantar akibat diserang angin ahmar sejak tiga bulan lalu. Ibunya, Puan Ishah Daud, 72 kini bergantung kepada Mohd Khairul Azhar untuk menguruskan dirinya. Kini hanya mampu minum susu, anak lelakinya itulah yang menguruskan segala keperluannya. Isterinya […]

Perkongsian pengislaman saudara Muiz Yahya di Masjid Tok Kerawat

MACHANG – Program Bulan Dakwah 3.0 YADIM Kelantan diteruskan dengan program Perkongsian Pengislaman saudara baharu, Encik Muhammad Muiz Yahya Abdullah pada 25 Oktober 2022 di Masjid Tok Kerawat , Pulau Chondong di sini. Saudara Muiz telah berkongsi pengalaman kehidupannya sebelum Islam, detik-detik pengislaman beliau dan cabaran yang dihadapi setelah memeluk agama ini. Kirakira 200 jemaah […]

YADIM Interaktif : Sambutan Maulidur Rasul 144H bersama YAATIM

KOTA BHARU – YADIM Kelantan meneruskan inisiatif sambutan Maulidur Rasul khususnya di kalangan pelajar di negeri ini dengan program bersama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) di Taman Sabariah pada 20 Oktober. Program dimulakan dengan ucapan Ketua Eksekutif  YAATIM, Haji Mukhtar Haji Ismail diikuti dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Aziz Yahaya, Panel Radio RTM Kelantan. […]

Sambutan Mahabbah Rasul bersama 200 warga SK Tengku Indera Petra

KOTA BHARU – Bagi mendidik anak-anak mengenali dan mencintai Rasulullah SAW, YADIM Kelantan bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Indera Petra telah mengadakan Festival Mahabbah Rasul dan Maulid Nabi pada 19 Oktober di sini. Lebih 200 orang warga SK Tengku Indera Petra telah menyertai program ini yang dimulakan dengan perarakan sambil berselawat pada jam 8.45 pagi. […]

Sambutan Maulidur Rasul YADIM Kelantan, AADK

KOTA BHARU – YADIM Kelantan turut tidak ketinggalan meraikan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini. Pada 16 Oktober, bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), sambutan berkenaan diadakan di Pejabat AADK Kelantan di sini. Seramai 60 pegawai dan kakitangan agensi tersebut hadir dalam majlis ini. Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang telah dijemput memberi pengisian untuk […]

Sambutan Malam Cinta Rasul warga Laloh

KUALA KRAI – Sempena dengan Bulan Dakwah 3.0 dan sambutan Maulidur Rasul, YADIM Kelantan pada 7 Oktober  mengadakan program Malam Cinta Rasul peringkat Jajahan Kuala Krai di Padang Awam Laloh. Pengisian program ini adalah persembahan nasyid daripada Kumpulan Maahad Rahmadiah dari Kuala Krai, Forum Perdana, cabutan bertuah dan berakhir dengan alunan selawat beramai -ramai. Walaupun […]