Info On Wheels & Musa’adah Covid 19 di Kampung Jawa

PORT DICKSON – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan bersama rakan badan bukan kerajaan dan agensi berkaitan telah bekerjasama menganjurkan Program Info On Wheels & Musa’adah Covid 19 pada 3 April. Antara yang terlibat dalam program ini ialah Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson, Pejabat Perpaduan Daerah Port Dickson, Khidmat Rukun Tetangga Kampung Jawa, Sukarelawan […]

Ziarah Mahabbah Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Temuan

PORT DICKSON – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan sekali lagi bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan MyFundAction, Sukarelawan Al Baasith dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 30 Mac, mereka bekerjasama menyantuni seramai 50 keluarga orang asli dari suku Temuan di sini. […]

Kerusi roda, barangan makanan untuk pesakit kencing manis

JOHOL – Jima Isman, 57 , dari Kampung Dingkir di sini merupakan penghidap kanser payu dara tahap empat dan kencing manis kronik sehingga kaki kirinya terpaksa dipotong. Ekoran itu, wanita ini menghadapi masalah untuk bergerak dan memerlukan kerusi roda untuk membantunya. Prihatin dengan keadaannya, YADIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Amal Dan Kebajikan Al Baasith […]

Ziarah asnaf di Port Dickson

PORT DICKSON – Dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) rakan badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 9 Mac telah menyantuni keluarga yang memerlukan di sekitar daerah ini. Seramai 20 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM untuk meringankan beban mereka yang […]

Musa’adah YADIM Negeri Sembilan di Tampin

TAMPIN – Selepas Lenggeng, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan program Musa’adah Covid-19 mereka di daerah ini. Menerusi kerjasama dengan rakan strategik badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, Buang Rubisa dan Jabatan Penerangan cawangan Tampin, YADIM menyantuni seramai 50 orang penerima di Kampung Kru dan Kampung Ulu Yor di sini pada 22 […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Negeri Sembilan di Kampung Rawa

LENGGENG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan turut tidak ketinggalan menyantuni golongan memerlukan di negeri ini, khususnya yang terkesan dengan Covid-19. Bertempat di Kampung Rawa di sini pada 17 Februari, YADIM Negeri Sembilan telah menyampaikan sumbangan kepada 20 asnaf yang dikenalpasti terkesan dengan Covid-19. Hadir menyampaikan sumbangan ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Mohd […]

Santuni asnaf bersempena Bulan Dakwah di Johol dan Kuala Pilah

SEREMBAN – Satu program berkonsepkan jelajah dan kembara telah diadakan bagi menyantuni seramai 200 asnaf oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan. Ia dianjurkan bersama badan bukan kerajaan Sukarelawan Al Baasith, Pepatih Truckers Community dan MyFundAction pada 28 Disember. Acara dimulakan di Masjid Negeri Seremban dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri […]

Kongsi Rezeki RSY bersama 16 keluarga asnaf

NILAI – Rakan Siswa YADIM (RSY) telah menyertai rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan menyantuni sebanyak 16 keluarga asnaf di sekitar kawasan ini. Bersama Skuad Al-Baasith Negeri Sembilan, MyFundAction, RSY dan YADIM Negeri Sembilan telah menyumbang barangan keperluan asas bertujuan meringankan beban keluarga yang disantuni. Hadir sama ialah Pengerusi Surau Al Ikhlas Nilai Perdana,  Tuan Haji […]

Kursus pengurusan jenazah di Masjid Kampung Bemban

SEREMBAN – Seramai 50 peserta menyertai kursus pengurusan jenazah anjuran Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Masjid Kampung Bemban di sini. Pengerusi Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan, Abdul Latif Mohd Yunus telah bertindak selaku tenaga pengajar dalam kursus pada 27 Disember ini. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan jenazah termasuk latihan amali. Mereka […]

Kerjasama YADIM Negeri Sembilan dan rakan strategik santuni asnaf Jelebu, Johol

SEREMBAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan kerjasama membantu golongan yang memerlukan di negeri  ini menerusi program khidmat baktinya. Pada 11 Disember, sebanyak lima kediaman asnaf menerima sumbangan YADIM dengan kerjasama rakan strategik, badan bukan kerajaan Rantaian Kasih Malaysia. Hadir menyampaikan bantuan dalam program di sekitar Jalan Jelebu – Seremban ini ialah […]